By Dr Rusyainie Ramli
TAK WUJUD SAYUR ATAU BUAH SEJUK ATAU ANGIN. Bab makan dalam pantang lepas bersalin ialah topik yang suka sangat diperbesarkan oleh orang kita. Ni dah jadi macam hidup untuk makan, dan bukan makan untuk kelangsungan hidup. Badan kita ni tetap sama. Tak kiralah sebelum mengandung, semasa hamil dan selepas bersalin. Tidak berubah. Kita bukan makhluk asing. Tak ada transformasi yang berlaku selepas 44 hari kita berpantang lepas bersalin. Tu fakta. Tak ada kena mengena dengan 'antibodi orang lain-lain la' bagai. Kalau tak tahu pun apa maksud antibodi, antigen, sel darah putih, radang dan bahan kimia yang dalam sistem pertahanan tubuh, tolong jangan guna sesuka hati dan sesedap rasa ya. KKM dah keluarkan garis panduan pinggan sihat Malaysia seperti yang saya tunjukkan dalam gambar. Kecuali lah, ada arahan tertentu oleh doktor dan pegawai dietetik, kita sepatutnya amalkan cara makan ni SEPANJANG HAYAT. Untuk 1 hidangan: 1. Suku pinggan karbohidrat 2. Suku pinggan protein 3. Separuh pinggan sayur dan buah Tu asasnya. Senang kan? KKM bagi saranan cara makan ni adalah berdasarkan kajian saintifik. Tolonglah jangan dok perturunkan ilmu sesat tentang sayur dan buah pada setiap generasi. Pelbagaikan sayur dan buah tu. Untuk satu hari, pastikan makan 2 jenis buah dan 3 jenis sayur. Lagi banyak jenis dan warna sayur dan buah, lagi bagus. Sayur dan buah wajib ada dalam diet sebab: 1. Sumber serat yang tinggi - maka tak adalah sembelit yang boleh menyebabkan buasir. Serat bagi rasa kenyang, maka nafsu makan dapat dikawal. Serat tu kurangkan penyerapan kolesterol dalam darah. Serat juga bekalkan kandungan tenaga yang rendah sebab ia ada gula semulajadi. 2. Sumber vitamin dan mineral tertentu bergantung pada jenis. 3. Merendahkan risiko penyakit jantung, obesiti, kencing manis dan kanser. Yang penting, jaga kuantiti. Kalau makan rambutan pun dah 1kg, memang melampau la. Apa pun yang disumbat dalam mulut tu, tolong la JANGAN BERLEBIHAN. Gunakan rempah ratus dan herba yang ada di sekeliling kita dengan kadar yang sederhana untuk tambah perisa dalam masakan. Halia, kunyit, lengkuas, serai, halba, lada hitam bagai tu ada kandungan phytonutrien yang berguna pada badan kita. Tapi tak perlu pun sampai kena minum air rebusan bagai. Ada buah atau sayur yang sukar dicernakan oleh badan ya sebab ia ada rantaian oligosakarida yang tak boleh dicernakan di dalam perut sebab manusia tak ada enzim nak buat proses tu untuk menjadikan ia gula ringkas untuk diserap ke dalam darah sebagai nutrisi. Maka bila oligosakarida ni tiba di usus besar, bakteria yang duduk kat situ akan bertindak dan terhasillah gas dari proses tu. Gas tulah yang Melayu obses sangat, angin. Gas tu dilepaskan melalui kentut atau sendawa. Habis cerita. Nak atasinya? 1. Kunyah makanan tu betul-betul. 2. Makan dengan kuantiti sederhana. Bukan sekali hadap sekilo. Saya sedih dan kecewa melihat bangsa Melayu saya masih di takuk lama sedang mereka dah belajar sains dari darjah 1. Sudahlah tu. Gambar kredit pada Public Health Malaysia