WOW! Scott’s DHA Gummies Kini Dalam Perisa Blackcurrant!
Tahukah anda kepentingan DHA dalam tubuh badan anak anda? DHA merupakan asid lemak Omega-3 yang penting bagi perkembangan visual dan otak yang optimum, dan boleh didapati dalam pelbagai sumber laut atau tumbuh-tumbuhan. Namun begitu, ramai kanak-kanak di Malaysia agak cerewet dalam pemakanan menyebabkan kadar pengambilan asid lemak Omega-3 yang terdiri daripada DHA, EPA dan ALA rata-rata masih rendah di Malaysia! Bagi mendapatkan serapan nutrien DHA dengan lebih mudah untuk kanak-kanak, Scott’s membantu ibu bapa dengan mengeluarkan Scott’s DHA Gummies. Tambah menarik lagi, selain perisa oren dan strawberri, kini Scott’s melancarkan perisa gummy blackcurrant (anggur hitam) yang lazat! Bryan Wong, Pengurus Besar Kelompok, GlaxoSmithKline Malaysia, Singapura and Brunei berkata, “Menyedari amalan pemakanan anak-anak kita yang sentiasa berubah, kami di GSK berbangga untuk memperkenalkan Scott’s DHA Gummies baharu dalam perisa Blackcurrant. Setiap biji Scott’s DHA Gummy mengandungi teknologi mikrokapsul yang mengandungi kebaikan DHA tanpa rasa dan bau ikan. Ini membantu kanak-kanak untuk mendapatkan khasiat yang mereka perlukan, di samping menikmati cita rasa buah yang lazat. Tambahan lagi, Scott’s DHA Gummies juga mengandungi Vitamin D, yang menyokong tumbesaran sihat dan pertumbuhan tulang kanak-kanak,” Wah sedapnya! Ibu ayah tak perlu risau lagi tentang pengambilan DHA anak. Pasti anak-anak pasti dengan perisa baru Scott’s Gummy ini! Tambah menarik, ibu ayah boleh sertai peraduan “Berbelanja & Menang” bagi merebut peluang memenangi patung Pinkfong buat si manja! Caranya mudah sahaja, beli produk Scott’s dengan jumlah minimum RM50 termasuk satu Scott’s DHA Gummies Perisa Blackcurrant dalam satu resit, ambil gambar resit tersebut dan hantar gambar ke 012-202 2555 menerusi WhatsApp dengan nama penuh mengikut Kad Pengenalan. Peraduan diadakan dari 1 September 2019 hingga 31 Oktober 2019. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.scottskids.com/my/en