Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G) di Columbia Asia Hospital (Puchong)

Tahukah anda apa itu Sakit Puan? Adakah and tergolong dalam golongan Wanita yang mengalami masalah Sakit Puan? Mungkin sebahagian Wanita masih ramai tidak tahu cara penjagaan kesihatan vagina dan tips yang boleh dilakukan untuk mencegah kanser servik. Jom tanya semua persoalan anda dengan pakai kami iaitu Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan di Columbia Asia Hospital (Puchong) pada 12 Januari 2022, Rabu. *NOTA: Segala persoalan di luar daripada waktu dan topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G) di Columbia Asia Hospital (Puchong)
21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi Dr Ng. Soon Pheng Selamat sejahtera 🌹☺️✌🏻 Doktor, Biasa kita ada dengar tentang suntikan HPV untuk remaja yang masih bersekolah kan? Soalan saya :- 1. Bagaimana pula pada yang dewasa yang ingin dapatkan suntikan vaksin HPV? bagi mengelakkn dari alami kanser servik. 2. Betul ke kanser servik boleh di cegah dan di ubati berbanding kanser payudara dengan cara ambil suntikan HPV? 3. Betul ke doktor jika merancang kehamilan dengan menggunakan kondom atau pelincir yang tidak sesuai ketika bersama pasangan itu juga boleh ada peluang untuk alami kanser servik? 4. Bila waktu sesuai suntikan HPV perlu kita ambil ya doktor?..adakah selepas period atau bila- bila masa sahaja boleh di ambil? walaupun ketika itu kita sedang period? 5. Adakah vaksin HPV ini juga ada kesan sampingan selepas ambil? seperti ambil suntikan lucrin untuk rawatan endometriosis? 6. Berapa kos atau harga untuk suntikan HPV serta berapa kali perlu kita ambil suntikan tersebut? dan di mana boleh kami dapatkan suntikan tersebut? Itu sahaja soalan dari saya , Saya dahului dengan ucapan terima kasih kepada doktor atas kesudian menjawab soalan saya. Have a nice day doktor 😉✌🏻🌹 Dan " Selamat Menyambut Tahun Baru Cina pada doktor dan keluarga yang akan berlangsung pada 1st Februari nanti ☺️🌹"

Baca lagi
4y ago

Hi Az Zahrah, punca utama penyakit kanser serviks adalah virus HPV terutamanya sub-jenis 16 dan 18. Pengambilan vaksin HPV telah terbukti mengurangkan kes kanser pangkal rahim. Ini adalah antara beberapa penyakit barah yang terbukti dapat dicegah dan dikurangkan melalui vaksinasi serta ujian saringan. Mammogram untuk saringan barah buah dada serta ujian pap untuk barah pangkal rahim bertujuan mengesan perubahan awal sel normal kepada neoplasia (abnormal), supaya Tindakan perawatan dapat diambil dan mengelak kejadian barah atau barah peringkat lanjut (advance stage). Kelebihan vaksinasi HPV adalah menghalang jangkitan HPV berisiko tinggi yang bertindak mengubah sel normal kepada sel barah (abnormal). Apabila jangkitan HPV terbendong (dengan vaksinasi), maka tiada penyebab untuk mutasi sel kepada sel barah dan kanser serviks dapat dicegah. Vaksinasi HPV terdiri daripada tiga dos dan diberikan dalam masa 6 bulan. Kebanyakan gadis remaja sekitar umur 12-15 tahun adalah dinasihati u