tadi masa berbuka puasa saya tolong tuang air . secara tak sengaja air tu tumpah sikit dekat atas meja . pastu mil sy pandang saya dan cakap sy ni pengotor . saya pura2 ketawa dan anggap tu gurauan walaupun sebenarnya sy dah terasa . lepastu saya minta tolong mil hulurkan tisu sebab tisu ada kat sebelah dia je . dia campak tisu tu pastu dia ulang lagi yang sy ni pengotor dan geleng2kan kepala dia . benda dia sy tak sengaja pun . lagipun air yang tumpah tu sikit je . lap pakai tangan pun dah boleh kering . masa biras saya haritu , tertumpah 1 gelas air dekat atas karpet . mil saya sanggup bangun dari duduk dia pastu ambil kain lap dan ckp elok² dgn biras sy ' eh takpayah la , biar² mak yang buat ' . terasa sangat mcm di bandingkan . ye mungkin kedatangan sy ni dgn cara yg tak baik , sy kawin pun atas alasan terlanjur dgn anak dia tapi perlu ke layan sy mcm orang asing ? bukan benda ni je sy terasa , ada banyak lagi tapi sy cuba diam sbb sy dah penat nak stress . kalau nak banding sy dgn biras sy , sy takdela ckp sy baik sgt . tapi sy walaupun dah 7bulan sy tetap buat kerja dlm rumah ni. biras sy pulak 8bulan , dia hari2 duduk dlm bilik je . makan pun suami dia hantarkan masuk dlm bilik. dia keluar bilik untuk mandi je. saya baru sehari rehat dlm bilik dah kena panggil keluar . fil ckp tak elok pregg terus baring nanti baby tak sihat . sy baring sbb sy penat banyak buat kerja . buat kerja takda henti . kalau biras sy 4 hari tak keluar bilik . mil sy ckp selamba je ' takpela mungkin dia tak larat tu pembawaan baby ' . kalau sy pulak kadang minta tolong suami , mil bole ckp ' benda kecil pun tak boleh nak buat sendiri ' haih hari2 sy nangis nak balik rumah family sy . nasibla semua ni jadi pun sbb salah sy . nak taknak sy kena hadap je berapa bulan lagi duduk kat rumah ni .