Berlari Anak
Tadi ada orang picit loceng. Sy terlari anak 3langkah sbb baru teringa baru 5 minggu. Adakah bahaya?

InsyaAllah, okay je sis. Saya masa sepanjang mengandung pun banyak lari - lari anak, berjalan laju-laju nak gi kerja. Alhamdulillah, tak ada apa2. Cuma jangan lari laju macam nak masuk pertandingan berlari tu. Pasti monitor kalau ada sakit perut, keluar darah, cepat2 gi hospital. InsyaAllah takde apa2 tu
Baca lagiSy masa tak tahu preggy. Naik tangga rumah langkau 2anak tangga. Turun tangga berlari. Alhamdulillah skrg dah 35w 4days.. If tak ada bleeding takpe rasanya. If bleeding sis terus refer pada doc ye
InshaAllah takda apa. Doa banyak-banyak. Saya pernah jatuh tangga waktu 24 minggu sebab terlangkah 2 steps. Terkejutjgak husband sebab time tu memasing bangun subuh. Alhamdulillah tak ada apa.
Kalau xda keluar darah insyaAllah xda apa2 sis
Alhamdulillah setakat ni takde
Kalau xde keluar darah,so ok je
Takde keluar darah kan?
Setakat ni dri beberapa jam yg lalu alhamdulillah takde


