Puasa dan Menyusu

Syukur. Selesai qadha puasa fardhu Ramadan. Niat liLlahi ta'ala, mohon kekuatan untuk berpuasa Sahur dgn nasi goreng kampung, nestum oat dan 500ml air kosong. Jam 11am dah mula perut berbunyi, tidur. Menyusukan anak dan tertidur sekali. Lepas jam 3pm pun begitu. Rehat. Sambil menyusu, ikut anak tidur sekali walaupun sekejap. Syukur asalkan hilang sakit kepala yg ringan tu. 6pm, Lepas mandikan anak, minta suami skin to skin dgn anak dan uruskan anak pakai baju. Saya siapkan apa yg nak makan berbuka nanti. Anak nak menyusu, saya susukan hingga tepat azan maghrib, anak lepaskan susu, berbuka dengan kurma dan air kosong dulu, baru ke dapur, makan. Subhanallah. Indah juga, tak susah pada hari pertama. Pening-pening gitu je, kita rehat lah. Ada 28 hari lagi nak kena qadha. Mohon kekuatan daripadanya untuk selesaikan hutang puasa liLlahi ta'ala sebelum tiba Ramadan akan datang. Terima kasih pengguna TAPS yg sudi kongsikan cara, tips, motivasi mengenai puasa sambil menyusukan anak. Mudahan Allah berkati kita. 🤲❣️

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Alhamdulillah. Nak start tu memang struggle. Kalau saya masa menyusukan anak tahun lepas saya sahur 30 min sebelum azan subuh. Makan kurma masa sahur. Cuba banyakkan minum air. Elakkan makan makanan yang pedas. Kalau nak sangat makan sedikit je pedas nya. Banyakkan makan buah buahan masa berbuka. Saya akui memang susu drop sedikit je tapi still okay dan boleh pam susu untuk anak juga. Apa² pun minum air yang banyak tu penting

Baca lagi
3y ago

Terima kasih Nora atas perkongsian.Moga Allah berkati. Saya azam ganti puasa Isnin Khamis supaya tak terasa susah. insya Allah. 😊

TapFluencer

Syukur. Kelmarin 7 Mac 2023 bersamaan 14 Syaaban 1444H (Selasa) , saya telah selesai ganti puasa Ramadan tahun lepas sebanyak 29 hari. Memang mencabar. Syukur, dengan kebaikan Allah, Allah cukupkan susu badan untuk saya dan anak. Mudahan Allah terima puasaku dan meredainya. Terima kasih yg komen. Sama-sama bermanfaat

Baca lagi

ni mst pantang time raya haritu kan?xpe buat pelan2...saya pun ganti puasa juge..tp saya buat tiap2 hari..lgpun anak dah meninggal..mmg bole ganti hari2 la

3y ago

insyaAllah..cuma saya mmg xbole dengar takbir raya..mmg auto sebak..sbb anak meninggal hari raya kedua..

tahniah