SENYUM DAN SYUKUR

Syukur kerana ujian yang Allah SWT datangkan ini menjadikan kita lebih kuat. Zuriat untuk dididik dan diasuh menyintai Allah SWT dan Rasulullah SAW lebih dahsyat dari lazatnya isi dunia. Zuriat, antara pintu samada ke Syurga atau Neraka. Tiada? Jangan sedih dan berbahagialah! Melihat orang lain mengandung, Senyum. Melihat orang lain kelek anak, Senyum Melihat orang lain dodoikan anak, Senyum. Senyum walaupun Allah SWT belum kurniakan zuriat tetapi mesti selalu syukur kerana ada rezeki lain yang menghiasi kehidupan seperti kelapangan waktu untuk beribadah, bermusafir melihat dunia, memiliki pasangan yang soleh dan banyak lagi. ~ 4 tahun 8 bulan ~

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Alhamdulillah. Setiap yg berlaku ada hikmahnya. Perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan. #2tahun7bulan

VIP Member

InsyaAllah. Amin