Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
An Ambitious Teacher and A Wise Wife
TIP HADAPI DEMAM DAN SELSEMA
Disclaimer : Saya bukanlah seorang doktor tetapi saya seorang guru. Tahun 2020, virus H1N1 A tersebar meluas dan semakin bercambah. Selain daripada mengelak mengunjung tempat awam. Anda juga boleh cuba tip-tip dibawah. Tip-tip berguna ketika demam dan selsema : 1. Minum jus yang penuh sitrus dan vitamin C 2. Otot lenguh? Tidur adalah ubatnya. 3. Rajinkan diri buang hingus dan kahak bagi mengelakkan kesukaran bernafas. 4. Selalu minum air kosong tapi jangan terlalu banyak sehingga air kencing menjadi jernih. Air kencing jernih tanda belum sempat diproses oleh buah pinggang. 5. Cuba ubah makan makanan pejal seperti nasi kepada bubur nasi tetapi jangan bubur nasi kosong. Tambah dengan apa sahaja lauk kesukaan anda. 6. Hirup sup ayam atau ikan atau daging yang dimasak hanya dengan 3 bahan sahaja iaitu bawang putih, halia dan sedikit garam. 7. Bagi melegakan tekak yang perit kerana selsema dan batuk, cuba cari tablet yang mengandungi sikrosa seperti gula-gula Hacks atau Kiss Me. 8. Jangan biarkan diri anda tidak mandi. Jika rasa panas, mandi. Tuang air dari kepala ke kaki. Mandi akan menyejukkan tubuh dan mengurangkan haba. 9. Biasa tuam tuala basah ke dahi? Jika rasa rimas, tepek sahaja Kool Fever. 10. Biarkan diri anda berpeluh. Berpeluh itu bagus kerana ianya menyejukkan tubuh. Semoga bermanfaat!
DEPRESI
Disclaimer : Saya bukanlah seorang doktor. Saya seorang yang suka berkongsi pandangan. Depresi adalah masalah psikologi yang tidak dapat dikesan kecuali melalui ujian klinikal dan ujian psikologi. Depresi berlaku tanpa disedari. Tahun 2019, mencatatkan peningkatan kes bunuh diri kerana depresi. Antara punca gangguan psikologi sehingga menyebabkan depresi : 1. Masalah di tempat kerja. 2. Masalah dengan pasangan. 3. Mendapat komen dan kritikan yang tidak membina. 4. Kurang keyakinan diri 5. Tekanan kos sara hidup. 6. Kekangan masa berkualiti. 7. Tidak cukup rehat. Bagaimana mengenali depresi? 1. Perubahan tingkahlaku. 2. Kemurungan 3. Tidak bersosial. 4. Terlalu menumpukan pekerjaan. 5. Insomnia 6. Sering berfikiran negatif. Bagaimana mendepani depresi? 1. Berkongsi masalah. 2. Mendapat khidmat nasihat pakar psikologi. 3. Menukar gaya hidup. 4. Bersenam 5. Menjaga solat lima waktu. 6. Berdoa 7. Mengisi masa berkualiti dengan diri sendiri dan keluarga selepas waktu bekerja atau hujung minggu. 8. Melancong dalam negeri atau luar negara sekiranya berpeluang. Pandangan tentang masalah depresi. Manusia bukanlah makhluk yang sentiasa gembira. Akan tetapi, manusia juga memerlukan sokongan dan dorongan untuk menjalani kelangsungan hidup. Allah SWT menciptakan manusia sebagai hambaNya yang menerima ujian. Apa sahaja ujian, solat adalah keutamaan dalam memupuk hati yang gelisah. Kepincangan dalam beribadah akan membuang keseimbangan tubuh. Tidak percaya? Cuba semak diri ketika datang haid. Bukan setakat lemah dalam mengawal amarah tetapi sikap akan berubah 360°. Bukan semua orang, segelintir manusia bergelar wanita begitu.
SANGKA BAIK DENGAN ALLAH SWT
Sebagai manusia, aspek bersangka baik dengan Allah SWT sering kita abaikan. Tambahan lagi apabila kita menjadi hamba pilihanNya dengan ujian tiada zuriat. Siapa kata saya tidak pernah merungut? Seringkali. Namun pada yang sama, saya juga kembali mengimbau hikmah disebalik apa yang berlaku. Kehidupan seharian dengan simbahan mentari petanda masih ada kesempatan menjadi lebih baik. Selagi itu pintu maghfirah masih terbuka luas. Mensyukuri kehidupan adalah dengan memulakan hari dengan lafaz yang baik dan ibadah kepadaNya. Setiap pagi, dalam perjalanan ke sekolah saya akan merancang apa yang perlu dan mesti saya lakukan sepanjang hari. Disamping melihat betapa indahnya alam ciptaan Allah SWT ini. Terkenang juga saat saya menjawab persoalan anak-anak tentang bertemu di sebuah bukit kelak yang jauh berbatu dari daerah ini. Mereka bertanya manusia akan ada kuasa apa untuk tiba sedangkan ketika itu kita sedang menyelamatkan iman. Jawabku dengan kuasa iman. " Super Iman ", itu kuasa kita. Maka, cek kembali relung hati. Layakkah kita menempatkan diri dalam SyurgaNya sedang kita tidak tahu amal yang mana satu akan membawa kita. Mereka yang ada anak akan menjawab persoalan tentang tanggungjawab terhadap anak masing-masing disamping persoalan diri sendiri. Anak datang dengan amanah. Bukan sekadar di dunia tetapi akhirat juga. Masih mahu menjauhkan hati dari Allah SWT? Bersangka baik biar setiap hari merintih dan menangis. Mengadulah kepada Allah SWT. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
TIP MENGURANGKAN RASA LOYA
Disclaimer : Saya seorang guru, bukan seorang doktor. Tip ini berdasarkan pengalaman saya. Siapa yang tidak boleh menghidu bau dalam tempoh tertentu dan kemudian akan muntah? Berikut adalah tip yang mudah. 1. Minum air yang ada hirisan halus halia. Contohnya, teh halia. 2. Minum jus sebagai pengganti makanan berasid seperti asam. 3. Jika tidak boleh menghidu bau ikan dan ayam mentah, cuba elak diri daripada melalui bahagian bahan mentah ketika di pasar atau pasaraya. 4. Jika tidak boleh makan masakan berkuah seperti ayam masak kicap atau ikan masak kari, cuba sesekali makan ayam goreng atau sup sayur. 5. Masih mual dan loya? Alihkan rasa itu dengan makan biskut. 6. Bau laut juga memualkan? Elakkan diri daripada menghampiri laut dalam tempoh tertentu. Pergi ke tempat yang berhawa dingin. Lebih selesa dan selamat. 7. Jangan minum air berkarbonat dan tinggi kandungan guna. Hanya akan menambah rasa mual dan loya. Perbanyakkan minum air kosong. 8. Selain daripada cuka, jus limau dan cili padi juga dapat mengurangkan rasa mual. Guna dalam kuantiti yang sedikit bagi menghilangkan rasa mual terutama ketika makan. Erm..masih mual? Bertabahlah! Terima dengan rasa syukur kerana ianya nikmat yang tidak dirasai oleh semua. Semoga tip saya bermanfaat kepada para pembaca.
BAGAIMANA AGAR CINTA SENTIASA MEKAR?
1. Solat jemaah bersama. 2. Jalan sambil berpimpin tangan. 3. Makan bersuap. 4. Selalu kata " I Love You " & " I Miss You ". 5. Meluangkan masa bersama seminggu sekali dengan aktiviti yang menyihatkan mental dan fizikal seperti bersenam dan bersiar-siar. 6. Usahakan untuk makan bersama sekali sehari terutamanya makan malam. 7. Jadikan perjalanan ke tempat kerja sebagai ruang komunikasi yang berkesan. Suami, dengar luahan isteri. Isteri, luahkan apa sahaja walaupun suami sedang fokus dengan pemanduan. 8. Rancang percutian balik kampung yang adil. 5 hari kampung sebelah isteri, 5 hari kampung sebelah suami. 9. Beri peluang kepada suami putuskan warna baju raya. Terima sahaja walaupun warna itu dipakai hampir beberapa kali raya. 10. Masak menu yang disukai oleh pasangan. Jika tidak pandai memasak, pesan sahaja di restoran. 11. Tangkap gambar swafoto bersama kemudian jadikan sebagai latarbelakang telefon. Cubalah! Manis, bukan!
TUJUH KATA CINTA
Saya seorang guru. Anak-anak murid menjadi sebahagian daripada hidup saya. Setiap waktu saya akan berpesan terutama sekali kepada anak-anak yang menginjak usia 10 - 12 tahun. Mereka sudah memahami dan membezakan sesuatu perkara. Bagi mereka itu adalah bebelan, tapi bagi saya itu kata cinta. Antara perkara yang selalu saya pesan : 1. Jaga solat. Sebelum ke sekolah, dirikan solat Subuh dahulu. Balik rumah pula, penat dan letih mesti solat Maghrib dan Isyak dahulu sebelum tidur. 2. Jaga aurat. Mereka yang boleh berkahwin dengan kita adalah mereka yang tidak boleh melihat aurat kita termasuklah rakan sebaya dan para guru. 3. Jangan biarkan orang lain menyentuh bahagian tubuh yang sensitif, memeluk dan mencium. Jika ada, berani kata tidak dan beritahu ibu atau ayah atau guru kaunseling atau guru disiplin. 4. Jaga makan. Jangan selalu makan makanan segera dan manis. 5. Jika mahu disayangi orang lain, hormat hak orang lain dan jaga adab. 6. Jika sudah akil baligh, jaga batas pergaulan antara rakan lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan sepupu lelaki. 7. Sentiasa dekat dengan Al-Quran. Hafazan jangan cuma pada lidah dan ingatan. Itu benteng dan lampu penerang alam barzakh.
PETUA AWET MUDA
Disclaimer : Saya seorang guru, bukannya seorang doktor. Berikut adalah antara petua yang saya amalkan. 1. Minum air putih pada awal pagi. 2. Minum air manis atau bercampur selepas jam 9.00 pagi. 3. Merawat muka dengan bahan semulajadi seperti bedak sejuk, lidah buaya dan tomato terutama apabila merawat sunburn. 4. Banyakkan minum air putih, kurangkan minum air manis. 5. Banyakkan senyuman. 6. Sentiasa berada dalam keadaan berwudhu'. 7. Cuci muka dengan pencuci muka bebas bahan kimia. Saya gunakan produk " Simple " dua kali sehari. Pagi dan malam. Siang, memadai dengan mencuci muka dengan air biasa tanpa pencuci. 8. Mask dan scrub muka seminggu sekali. Jenama yang saya guna " Freeman ". 9. Senaman wajah dengan menepuk manja pipi, dagu dan dahi sebaik bangun tidur. 10. Mandi air sejuk dengan mendahului kaki kemudian bahagian tubuh dan diakhiri dengan bahagian kepala. 11. Saya tidak bersolek. Saya keluar rumah dan pergi ke mana-mana dengan wajah nude bagi mengelakkan liang pori tersumbat. 12. Jika berjerawat, saya hanya menempelkan bedak sejuk pada bahagian yang berjerawat. Saya tidak memicitnya. Petua 1, 2, 4, 5 dan 10, saya amalkan sejak usia kanak-kanak. Petua selebihnya saya amalkan sejak memasuki usia 20an kecuali petua 11 kerana saya tidak gemar bersolek.
16 CARA POSITIF
Bagaimana meraih fikiran positif? 1. Solat 2. Berdoa 3. Membaca Al Quran 4. Makan makanan seimbang 5. Melancong 6. Isi masa terluang dengan hobi 7. Elak diri daripada berasa marah 8. Luah perasaan yang terpendam 9. Pergi ke pantai melihat matahari terbit atau terbenam 10. Makan coklat. 11. Kurangkan amaun kafein. 12. Buat rawatan tubuh dan muka 13. Berbekam 14. Membeli-belah di kedai serbaneka seperti Eco Shop. 15. Menonton filem atau wayang genre kesukaan. 16. Mendengar muzik Perkara 1 - 3 adalah klise tetapi terapi Islam yang paling berkesan. Apabila tidak mendirikan solat, fikiran akan terganggu. Jika tidak boleh bersolat kerana keuzuran syarie seperti haid dan nifas, memadai dengan berdoa dan berzikir. Perkara 4 - 16 adalah pilihan. Antara perkara yang saya lakukan. Tapi cubalah salah satu daripadanya jika ada kesempatan. Ingat, positif juga akan membuatkan hormon menjadi baik dan aktif serta membuatkan kita awet muda sentiasa.
MENANGANI GANGGUAN KECEMASAN ( ANXIETY DISORDER ) SEBAGAI SEORANG MUSLIM
Disclaimer : Saya seorang guru, bukannya seorang doktor. Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda: الشَّيْطَانُ جَاثِمٌ عَلَى قَلْبِ ابْنِ آدَمَ ، فَإِذَا ذَكَرَ اللهَ خَنَسَ وَإِذَا غَفَلَ وَسْوَسَ Maksudnya: “Syaitan itu duduk bercangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut nama Allah, dia (syaitan) akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai, dia (syaitan) akan membisikkan kejahatan.” Rujuk kitab Fath al-Bari oleh Imam Ibn al-Hajar al-Asqalani (8/614) Anxiety Disorder atau gangguan kecemasan diantara gangguan psikologi yang menyerang seseorang individu dengan panik, bimbang, takut, risau dan gugup yang melampau. Gangguan ini tidak mustahil akan menyerang sesiapa sahaja termasuklah seorang ibu atau wanita. Apatahlagi wanita yang memiliki hati yang lembut. Antara pentanda serangan ini ialah sukar bernafas, sentiasa berasa risau dan takut, berpeluh dengan banyak, sukar tidur, otot menegang, masalah pencernaaan, terlalu was-was dan tidak ada keyakinan diri. Sebagai seorang Muslim, terdapat banyak cara bagi menangani gangguan kecemasan. Antaranya ialah bertenang dan menarik nafas satu demi satu, berfikiran baik ( husnuzon ), mengambil air wudhu dan mendirikan solat, membaca Al-Quran, meluahkan kegusaran kepada Allah SWT ketika berdoa dan berkongsi masalah dengan pasangan atau ibu bapa atau rakan yang dipercayai, sentiasa berdamping dengan para ulama' dan orang soleh dan menghadiri majlis ilmu. Bertepatan dengan firman Allah SWT : إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَوْا إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُوا فَإِذَا هُمْ مُبْصِرُونَ Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya”. (Surah al-A’raf: 201) Oleh yang demikian, sekiranya diserang gangguan kecemasan hendaklah segera kembali Allah SWT. Dirikanlah solat. Solat adalah tunjang dalam kehidupan. Solat akan menjadikan akal dan badan sihat. Solat akan menjadikan seseorang berfikiran lebih positif selain daripada ianya tuntutan Rukun Islam yang wajib dilakukan. Jika tidak mendirikan solat, ruh akan kosong. Rumah yang kosong akan dihuni oleh makhluk Allah SWT yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Begitu juga dengan ruh. Ianya perlukan makanan ibadah seperti solat, zikir, selawat dan doa. Sebagaimana tertibnya dalam mengawal rasa amarah. Jika berdiri, hendaklah duduk. Jika duduk, hendaklah berbaring. Jika tidak mampu juga, ambillah wudhu. Air wudhu dengan sifatnya sejuk akan memadamkan rasa amarah yang bersifat panas. Firman Allah SWT: وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepada Aku supaya mereka mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah: 186) Akan tetapi sekiranya masih diserang gangguan kecemasan dalam jangka masa yang lama, segeralah ke hospital atau klinik berdekatan. Buang rasa takut dan malu. Dapatkan bantuan daripada pakar. In Shaa Allah, mereka yang ahli dalam bidang ini akan dapat membantu. Jangan lupa untuk menjaga 3S iaitu Solat, Sabar dan Selawat agar menjadi seorang Muslim yang optimis.
SEMBILAN HINGGA DUA BELAS
Anak-anak dalam usia 9 hingga 12 tahun masa kini adalah usia yang gemar bertanya tentang kehidupan. Maka, tidak hairanlah jika mereka meniru perbuatan orang dewasa kerana merasakan semua yang dilakukan oleh orang dewasa adalah baik dan betul. Bagaimana meneladani mereka? Jawablah persoalan mereka dengan jawapan matang kerana mereka sudah mulai memahaminya.