Saya ingin memenangi 'Rimba learning tower' untuk bayi saya kerana bayi saya yang kini berumur 1 tahun pernah mengalamai pendarahan dalam kepala akibat terjatuh. Walaupun pendarahan yang minor hasil dari keputusan CT Scan, namun telah memberi kesan yang besar.
Sekarang bayi masih lagi follow up, pembesarannya seperti biasa namun hati seorang ibu tetap risau kerana bayi saya sangat aktif memanjat tangga, kerusi dll.
Sebelum ini saya tidak tahu kehadiran Rimba Learning Tower ini, setelah melihat Aden&Ren di Instagram barulah saya faham fungsi dan keistimewaannya.s
Saya sangat suka seperti sesuatu yang dicari selama ini dan mahu memenanginya untuk bayi saya kerana pada saya ianya sangat terbaik dalam mengawal tingkahlaku bayi saya dan mengelakkan kecederaan berulang terutama saya ketika saya menyediakan makanan, membasuh pakaian, memberi makanan dan pelbagai lagi.
Disamping dapat pantau anak, saya juga dapat Bonding Time bersamanya sambil-sambil melakukan kerja kerana bayi saya sangat suka berkepit dan sentiasa mengikuti saya kemana sahaja saya pergi.
Banyak lagi yang ingin diluahkan sebab saya mahu memenangi Rimba Learning Tower ini, tetapi ianya akan menjadi karangan yang panjang. Oleh itu, saya berharap ada rezeki shaffia Qaisara untuk menggunakan Rimba Learning Tower ini. Amin,🤲.
Baca lagi