12 Balas
Kena pergi mhkamah utk sahkan cerai. Kemudian sah kan rujuk. Utk denda boleh merayu. insyaAllah hakim boleh pertimbangkan. Penting untuk sahkan cerai dan rujuk ni sbb Nt akn dpt sjil cerai dan rujuk...n 1 lg utk sah kan brpa lagi talak yg tinggal jika dah bercerai... dan ~jikalau ada sijil jd x ada keraguan lagi. Dan kalau mngandung pun x ada mslah. Sijil cerai/rujuk penting sbnrnya. Kiranya mcm ada dokumen hitam putih. Bukan hanya cakap atas angin saja. Jadi puan boleh jumpa yg ahli ya dlm hal ni.iaitu pejabat agama dan hakim mahkamah. Maaf pnjg pula. Niat hanya utk mmbantu😊 Moga dpermudahkan urusan puan😊
Sis Perlu ke mahkamah..dia akan tetapkan kes sis ni. Kes mcm kwn saya.dia baru tahu dia hamil selepas 2 bulan buat proses penceraian. Suami dia da talak kan dia first waktu dia suci dari haid. Dan talak 1 jatuh. Dan talak kedua(cerai luar mahkamah jg) tak jatuh Sbb ada alasan tertentu. Lpstu kwn saya di nasihatkan supaya rujuk semula Sbb anak dlm kandungan akan jadi anak tak sah taraf... Dan skg mereka dah rujuk Sbb anak dlm kandungan tu.
Berpengalaman sama mcm sis tapi saya pergi rujuk pej.agama. Masa di pej.agama, ustaz kata, jika niat dah rujuk kembali. Makanya sah. Bila dah melibatkan prosedur pej.agama, makanya dokumen sijil nikah pun terbatal. Pej.agama print sijil rujuk. Amatlah tak sama 😭
Rujuk tkpyh saksi.. Bila suami kata aku rujuk engkau.. Da rujuk... Suami kena igt talak tggl dua.. Tp jika sis ragu2 was2 bole refer trus pejabat agama
Hi sis , sy rasa baik sis rujuk pej agama.. Ini benda serius.. Sy harap sis dpt jwpan yg tepat bg kekeliruan yg sis hadapi 😊
hye sis, adalah lebih baik sekiranya mlibatkan hukum2 dalam berumahtangga, sila rujuk dengan pejabat agama.. hehe
Ikut hukum akhirat dah sah rujuk tu.. Anak tu pn sah.. Cume hkum dunia je kne ikot prosuder
Sangat lah tepat statement sis ni 👍🏻
Cerai dan rujuk itu sah. Tapi sis tetap kena failkan cerai tu untuk rekod.
Should be sah , sbb dh rujuk. Cuma surat mahkamah tu sebagai bukti je.
klu ikut hukum.. sah rujuk tu.
Anonymous