pam susu di wad

hi sy nak tanya,pengalaman ibu2 lepas bersalin masuk wad susu dah ada ke?mcm mana dgn ibu2 yg lpas bsalin susu takmau kluar lgi, perlu ke bawa pam susu ye?

19 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Tadi waktu berklinik ada sesi ceramah penyusuan sikit dari nurse. saya ada tanya nurse, air susu auto ada ke lepas bersalin nanti, dia kata lepas bersalin nanti kita akan ada air susu, samada banyak atau sikit tu rezeki la. Tapi susukan je baby macam biasa, kalau sikit je yang ada, itupun mencukupi untuk mula mula tu katanya. sebab perut baby baru lahir hanya sekecil duit syiling. kalau baby nangis tu bukan sebab lapar, tapi sebab surrounding dia dah berbeza, tak sama macam dalam perut yang gelap sempit semua tu. Berkenaan pump susu, nurse kata better direct feeding baby, hisapan baby tu lagi akan meransang pengeluaran susu, tapi kalau nak bawak pump susu tu pun boleh je standby. Cuma sekarang kena rajin bersihkan yang kering kering dekat puting kita tu, dan, nurse kata jangan kenakan sabun ke bahagian puting kita yaa. Basuh air biasa je dekat puting tu. Just my sharing from nurse tadi yaa 😘

Baca lagi
2y ago

betul tu.. sangat setuju.. info ni sgt2 berguna utk semua bakal mommy❤️.. xde istilah baby lahir mommy xde susu..

sy msa ank pertama xda pengalaman. sy bersyukur btl baby sy xnangis2. msa tu sy blum ada air susu. lps bersalin. msuk wad. sy kasi ja susu ank sy. sy xtau pun sy xda air susu sbab ank sy xnangis2. lps blik dri hsptl baru sy pam susu xda keluar bru sy tau sy xda air susu. terus sy bli susu formula sbab takut baby kelaparan. 3 hari dulu bru ada air susu. klau boleh sis pam ja susu tapuk2 sebab selalu ank pertama ni lmbt ada air susu kluar. sy ada air susu lps 3 hari tu pun air susu xkluar sbab msih tersumbat. blik2 pom bru lancar. kesian nanti ank kelaparan.. bila sy ingat blik ank sy lahir ptg. kluar wad tengah hari bsok. lebih kurang 1 hari xda mnum susu gara2 kna pksa ksi mnum susu bdn walaupun tiada air susu. kesian betul sma ank.

Baca lagi

xperlu pam..cuba buat urutan payudara atau teknik urutan marmet.. if baby dekat sisi awak boleh bg baby directfeeding dgn kerap..minta nurse check lekapan baby dgn breast awak betul atau tak.. susu diawal kelahiran baby xbyk tp sgt2 mencukupi mengikut size perut baby.. dn susu diawal kelahiran sgt likat dn pekat..kita panggil susu colostrum.. sgt2 berharga.. semasa baby menyusu tu awak boleh buat breast compression bg melancarkan pengeluaran susu badan awak..

Baca lagi
VIP Member

Hi, Puan. Kalau pengalaman saya, lepas bersalin sahaja dah ada susu. Siap bengkak susu lagi dalam wad. Mujur ada pakar laktasi tunjuk ajar cara nak menyusukan baby. Sebab saya first time mom. Hehe untuk soalan Puan yang kedua tu saya tak pasti. Sebab tak terjadi pada saya. Tapi ramai juga ibu ibu dalam ni yang sarankan untuk bawa. Mungkin Puan boleh standby. Harap perkongsian saya membantu Puan

Baca lagi
2y ago

Sama-sama, Puan🤗

kena tahu fasa penghasilan susu. susu dah ada sebenarnya, cuma ibu perlu belajar utk direct feed sejurus selepas bersalin jika tiada apa2 komplikasi. minta nurse utk ajar cara menyusu yg betul. fasa kolostrum ni susu x banyak sampai ber oz2, tpi ianya cukup dgn saiz perut bayi yg sebesar ceri shj diawal kelahiran. bila ada rangsangan, susu dikeluarkan, dan susu akan dihasilkan lagi dan lagi.

Baca lagi

sy masa bersalin haritu susu ada tapi kurang. baby hisap sampai melecet tek sy. silap sy tak berurut awal² sebelum bersalin. hari ke 3 sy start bagi susu formula sampai skrg baby taknak hisap susu dada even susu saya dah byk lps hari ke 5 berurut. menyesal x habis. misi siap pesan dekat sy suruh beringat lain kali. kena belajar ilmu penyusuan masa pregnant lg. susu ibu sgt penting utk baby.

Baca lagi

susu bkn tak ada.. ada je puan.. puan kena bg anak attach dgn puting susu bdn... jgn give up.. jgn stress.. kalau stress susu memang tak nak kuar.. baby kalau tido. tak susu...masa kita nak nyusu.. usik tapak kaki dia.. pipi dia.. insya Allah nanti pelan pelan dia belajar sucking nipples na.. dan air susu akan kuar dlm masa 2 atau tiga hari... kalau x nak nyusu jg.. pam... nanti ada tu

Baca lagi

Biasa kalau kat wad nurse xbagi pam sebab dia akan suruh ibu direct feed baby. Lagipun masa tu baby tak pandai latching jadi ibu perlu belajar cara menyusukan baby dulu. Kalau baby kurang menyusu nanti baby hypo xbole balik nanti. Jadi penting untuk direct feed untuk stimulate atau merangsang pengeluaran susu tu dulu.

Baca lagi

hi saya masa bersalin hr tu,mmg mula2 tkde susu..stress rasa,pastu ade nurse penyusuan ibu dtg, tlg urutkan and bg semangat, bru mcm ade..kene urut2 jugak and picit2 skit smpai kluar kuning pekat.. in shaa Allah sbrnya tk blh stress,blh cuba pam,tp actually pam susu dgn budak isap tk sama..

2y ago

normal kalau ada lelehan susu keluar.. dan awak boleh simpan susu tu.. cuma kena tau cara penyimpanan susu ebm.. susu kuning tu kita panggil susu kolostrum.. susu paling berharga.. hanya akan ada 3-5 hari selepas kelahiran baby.. boleh feed baby awak nnt selepas baby lahir..xperlu risau.. xde istilah susu awak xkn ada selepas baby lahir..kerapkan menyusu baby..rangsangan baby yg membuat kan susu awak keluar dgn lebih lncr..

mcm saya mama anak 5 coming soon no.6 memg kena stdby pump susu...sbb lepas je bsalin saya akan terus menyusu kan baby...pastu susu akan melimpah ruah...x mau mbazir, tu sbb saya kena bawak pump gi hospital...tengh mandi pun susu memancut keluar...