Terasa dengan husband. Rasa hidup sunyi.

Sy dgn husb ldr. Skrg 20 weeks pregnant anak first. Kawin baru 9 bulan. Selama 9 bulan kawin, dua jari sy cukup nak kira berapa kali dia balik jenguk sy@sy pergi jumpa dia (tu pun sy beria beli tiket, book hotel). Tp sejak sy pregnant sy dh tak offer diri sy nak pergi kat dia. Penat. Sakit pinggang. Alahan. Yela pregnant first time rasa macam hidup sy berubah 180°. Life dah tak sama mcm sebelum pregnant. Badan memang tak aktif macam dulu, selalu jogging, jalan2 kat taman. Sekarang mmg banyak baring. Rindu jgk hidup dulu. Lepas pregnant, husb balik jarang sangat.Pregnant 20 weeks (5 bulan) baru 2 kali dia balik. Tu pun dia bawak balik jugak pc gaming dia bersama2. So sepanjang dia dgn sy kat kampung, dia hadap pc dia jugak walaupun sy ada dengan dia. Dari pagi sampai malam dia main game. Nak tido baru cari sy. Takde pun ajak sy keluar dating ke apa. 9 bulan kawin, 2 kali je kitorang keluar makan jalan2. Sy ajak keluar selalu ada alasan dia, panas, hujan, semua cuaca tak kena. Dia hadap pc dia, sy hadap phone sy. Sy tak rasa pun kemanisan berkawin. Kalau la orang tanya sy, menyesal tak kawin? Sy akan jawab ya, takkan fikir dua kali. Ni tahu2 pregnant ingat dia berubah, rupanya sama je. Lagi liat nak jenguk sy. Bab nafkah sy malas nak ckp. Mmg kelaut. Mesti ramai akan tanya kenapa sy kawin dengan dia. Dia kawan abang sy time sekolah menengah, dia bersungguh mintak dengan abang dan parents sy nak kawin dgn sy. Siapa je tak lembut hati tengok lelaki berani macam tu kan? Abang dgn suami pun beria suruh sy terima. Abang sy ckp husb sy baik, selalu ke masjid. Tapi time tu sekolah menengah, mana dia beli lagi pc gaming dia tu. Abang sy mungkin tak tahu husb sy dah berubah. Lepas balik kerja mmg dia hadap game je sampai malam. Sy pun baru tahu habit dia lepas kawin. Sy pun kerja, dulu kalau sy nak jenguk dia, lepas kerja sy pergi naik bas 8 jam. Dia? Taknak dan tak akan naik bas. Dia nak drive kereta je kalau balik sini. Tp bila sy suruh dia balik, dia cakap penat. Suruh naik bas, taknak. Selalu byk alasan. Bab nafkah sy dah redha, asalkan dia selalu balik jenguk sy dgn baby dlm kandungan sy, tp dua2 semua dia lepas tangan. Sy fikir kalau sy bercerai pun, tak effect sgt financial sy. Sy boleh hidup sendiri sebagai ibu tunggal. Sbb sy bekerja. Dia bagi sy tiap bulan RM100. Rumah? Kereta? Sy bayar semua sendiri pakai duit sy. Hilang RM100 sebulan tak effect life sy. Gaji sy banyak lagi baki. Drpd hilang kewarasan sy, sy lagi rela hilang suami.

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Susah nak cakap hal ni. Tapi paling penting awak kena jgk meluah pada suami tu. Luah je dari A sampai Z. Cari waktu yg sesuai. Yang masing2 free tak buat apa. Face to face. Time hati masing2 tgh tenang especially lepas solat jemaah if dapat. Slow talk, pillow talk, deep talk. Kena dan WAJIB utk atasi masalah ni. Sekarang ni saya tgk korang punya each other communication memang out 😢 jgn terlalu berkorban sis sampaikan bab nafkah pun suami culas. No no no! Bab game ni, saya sebelum ni pun kaki game. Lepas isyak main sampai 3-4 pagi baru tido. Pukul 10 baru nak bangun. Kul 11 sambung game sampai zohor. Then asar stop. 9pm sambunglah balik 3-4 pagi. Husb tido kat ruang tamu, saya tido kat bilik. Berlaku sepanjang 2 1/2 tahun ya. Kami akan sekatil bila nak bersama je 🥲 if balik kg je saya akan stop main game. Bukannya tak penah gaduh sbb suami tegur saya main sampai 3-4 pagi. Penah je. Tapi saya buat bodoh. Nak jadi cerita, saya tengok diri sendiri kat cermin dgn badan berisi dah macam tongdram masa tu. Tulah jadi penentu saya terus ubah lifestyle saya 360darjah termasuk waktu tido saya yg selama ni tak tentu arah. Saya akui salah silap saya kt suami, saya mengasuh budak, so automatically saya rasa ada extra tanggungjawab utk dibuat. Saya tinggalkan dunia game drastically ya 🤗 and rezeki saya conceived after 4yrs kawin end up misc. now tgh preg 25w and saya tak rasa pun dah nak main game yg saya mmg gian sblm ni. So puan, jangan giveup awal2 ni. Ada byk je cara dan penentu utk ubah suami puan kepada yg lebih baik. Tegur tegur dan tegur. Doa, usaha, usaha dan usaha. Saya terima kasih byk2 pd suami sbb tegur saya. Kalau tak, sampai skrg saya akan jadi kaki game dan mungkin marriage saya retak macam tu je dek kerana gian saya sendiri. Dont giveup okay! 🫂 doa isteri, doa ibu mengandung ni takda hijabnya. Mintak je dengan Allah tau ❤️

Baca lagi