Bagi pendapat sekejap...

Sy ddk dgn mil and fil.. anak sy 2y.. sy mmg jaga makan minum dia tak ada gula garam sblum umur sepatutnya. Skrg sy longgarkan sikit tp ada maximumnya. Kalau anak sy nak minum vitagen mmg seminggu 2,3 kali saja.. sy pun dh berpesan dgn mil and fil sy supaya bukan tiap2 hri.. tp fil sy tiap2 hari beli vitagen. Siang mlm anak sy minum. Kadang2 lolipop.. sy agak marahla.. anak sy dh jd kebiasaan bila fil keluar anak sy akan cakap "nak air" maksudnya suruh beli (diajar oleh mil) sudah bnyk kali tegur dan suami sy pun tahu. Kdg kala suami sy marah parents dia.. (marah terkawal mengenai jgn beli tiap2 hari dan jgn bli junk food) sy serba salah pula sbb kesian.. bru2 ni suami ada call no rumah lepas sy bgitahu anak minum vitagen (pagi sebelum tu sy dah pesan jgn beli apa2) tak sngka suami pergi call parent dia lepastu bgthu apa sy pun tak pasti.. masa tu sy di bilik.. sy serba salah sekali lg.. kesian.. tp kenapa susah sgt diorang nak dgr larangan tu.. kadang sy terpikir sy ni over sangat ke jaga anak sy.. patut ke sy biarkan je hm#bantujawab

10 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya faham bahawa anda menghadapi cabaran dengan arahan pemakanan anak anda. Apabila melibatkan pendidikan anak, komunikasi yang baik antara ahli keluarga adalah kunci. Terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil dalam situasi ini: 1. Bertegas dengan keputusan pemakanan yang anda rasa betul untuk anak anda. Jelaskan dengan jelas kepada ahli keluarga mengenai kepentingan mengikuti arahan pemakanan yang telah anda tetapkan. 2. Ajak ahli keluarga untuk membincangkan dan mencapai kata sepakat bersama mengenai jadual pemakanan anak. Sediakan penjelasan yang mendalam tentang kesan negatif daripada pengambilan makanan yang tidak seimbang. 3. Galakkan suami anda untuk mendukung anda dalam usaha memastikan anak anda mendapat pemakanan yang sihat. Komunikasi terbuka antara anda berdua adalah penting. 4. Berikan contoh yang baik dengan mempraktikkan gaya pemakanan yang sihat di hadapan anak anda. 5. Jika keadaan masih sukar, pertimbangkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar pemakanan atau pakar kanak-kanak untuk bimbingan tambahan. Jangan risau, anda cuba yang terbaik untuk anak anda dan keberkesanan usaha anda akan datang dengan kesabaran dan kesungguhan. Semoga perkongsian ini memberi sedikit panduan untuk menjaga masalah ini dengan berkesan. https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

org tua ni dorang excited. family inlaw sy pn jenis excited. tiap kali balik kg mesti ada je benda yg dibeli, balik tiap bulan now anak dh 2tahun.. dulu2 bila anak start makan mil sy pn asyik beli makanan je selalu cereal instant etc yg tinggi gula tu, tp anak sy ada allergies jd berdalih je la takpe la mak anak ni alah banyak ni nanti kesian dia. pastu mak dah tak beli makanan dh, beli benda lain plk🤣biar je lah.. puan try la bagitahu elok2, yg gula tinggi tu tk elok nanti anak tantrum over, hyperactive, mak dah la beli kan selalu benda2 tu, please mak? cakap je elok2.. pastu puan suggest lah beli apa utk anak tu, byk kan yg mesra budak

Baca lagi

Tak salah. Jangan biar diorang "take over". Yang salah tetap salah, diorang kena faham cara awak dan suami sebagai parents. Parents saya dan husband pun macam tu. Kadang kadang betul, rasa stress sebab susah ke nak faham kan? Tapi, kami tetap tegur, berbuih jugak lah mulut dok bercakap, nak kena hadam perangai masing2 yang degil 😂

Baca lagi

U tak over pn sis.. dorang yg lg berumur sepatutnya respect your decision sbb tu anak u & spatutnya dorang fhm & tau tak boleh bagi tp tetap nak bgi juga.. takpe.. u keraskn je hati & stand on your ground.. nanti ada apa2 mslah dkt anak u, nti u yg kena tanggung tau..

Sama Kita sis. saya puas dah tegur . tetap nenek dia kedua2 belah suka beli anak2 Saya junk food sedangkan Saya dengan suami sangat kawal makanan anak2 . kadang2 depan diorang Saya marah je Anak Saya .

paham.. sbb mak sye pun mcm tu.. ble larang mcm2 alasan dia bg.. ckp anak x mkn pn la.. dia pegg kejap pastu buang la.. hmm susah nk ckp sbenanye.. sbb dyorg x kan dgr pn ape kte ckp..

mmg patut pun la sis marah. jenis tua tak faham bahasa & tak hormat org.. Cuba sekali sekali sis mengamuk. kadang dgn cara ni dorg tersentak & sedar

Bila jadi macam tu mesti hubungan antara fil & mil jadi macam awkward kan ? Faham perasaan tu. Tapi tulah kalau anak sakit, kita yang tanggung 😊

vitagen tu probiotik bukan sekadar air, jadi tak boleh minum banyak lagi2 budak kecik.

3mo ago

gula yg penting

Betul dh tu sis. Tak salah. Vitagen dlm kategori air tinggi gula jgk tu.