Kerja Baru VS Pregnant

Hi, sy dapat offer kerja baru and kena masuk 29/9/2025 ni, semalam sy check UPT positive, sgt tak sangka sbb pregnancy ni unplanned. Sekarang sy dalam dilemma nak teruskan pregnancy ni ke tak sbb takut apa persepsi dan reaksi majikan baru terhadap saya. Btw, Umur sy 31 and ni second pregnancy, first baby lahir tahun 2022. Pernah tak ada mummy lalui situasi sama macam sy? Apa yg sy perlu buat sekarang?#Needadvice #AskingAsAMom

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi sis. We are in the SAME EXACT situation. First baby lahir 2022. And then my 2nd bby yang I tgh carry ni pun Im 31st. Got a new job offered, waktu nak buat medical check up I found out Im pregnant. Exactly the same!! I was in dilemma— nak bagitau majikan or not. Honestly I anxiety to the point I tak tidur malam and ambil ubat Dr bcs i needed more sleep sebab stress fikir. But—— im positive yang the reasons behind my job offered is because of my baby. Rezeki Allah swt. You teruskan with your pregnancy — sebab itulah rezeki anak, pembawa rezeki. Asbab you mengandung, Allah kurniakan you pekerjaan yang lebih baik. Waktu mengandung anak pertama 6 bulan, i got job offered too. And this time, bila i dapat new job offered, rupanya asbab rezeki anak yang no 2 pula. See — Allah plans are always greater. NOTHING TO BE AFRAID OF! And in this new company, im happier than ever. Discrimination towards pregnant ladies after all and pregnancy is human nature. Heal your soul. Dont heard others 🫶🏻

Baca lagi

pregnancy mmg kena teruskan selagi tidak ada masalah dengan kandungan. berkenaan kerja, mmg puan kena inform management. kalau tak nanti puan akan susah, company pon akan susah. kita tak tahu apa risiko yg kita akan alami sepanjang pregnant. lebih banyak risiko, lebih banyak lah appointments. dan lebih banyaklah kerja kita yg org kena cover. awal² org boleh faham, lama² takut org x puas hati pulak dgn kita. saya pernah berada di tempat puan. tapi disebabkan ini kandungan kedua dan saya pernah keguguran ketika kandungan pertama kerana working nature yg extreme jadi untuk kandungan kedua saya terus hantar resignation letter. tapi rezeki saya, company bagi wfh sepanjang pregnancy (tapi still saya tak teruskan, sebab workaholic and kdg² lupa makan bila bekerja). company counter offer untuk masuk kerja lepas habis pantang. but still dalam perbincangan dengan husband. tapi first and foremost, puan mmg kena inform management. sekali dengan surat pengesahan mengandung.

Baca lagi

Kalau sy, Teruskn pregnancy Bagitau majikan baru keadaan sebenar Make sure health condition is tip top. Lawan blk morning sickness, tak larat ke apa, bukti pada majikn baru awak bukn mcm kebykn pmpuan lain, kalau pregnant lemah tu bukan main lagi n guna tu alasan nak cuti sakit selalu. cuti tu, hanya emergency, mcm bleeding ke. kalau mampu, blh checkup swasta, takpyh risau nak asik ambil cuti pergi kk... jika majikan baru taknk awak, awak blh ckp kat majikan tu, awak taktau, masa Buat test blm pregnant lg. Dan awak ckp dah letak surat resign kat company lama. Ask them for consideration. Kalau kerja baru, mesti package lagi better/ position better. Blh bina kerjaya walaupun pregnant. Itu atas diri kita sendiri. So rasanya, mmg rezeki baby datang pada waktu yg tepat juga kn.. All the best mommy.

Baca lagi

Dah resign dari kerja lama ke? Kalau dah resign, macam tak de pilihan lain kecuali join kerja baru. Kalau belum, personally saya lebih suka kerja majikan sama kalau pregnant. Senang ambil cuti, and majikan dah tau your work quality. Masa buat medical check up utk kerja baru, tak pregnant lagi ya? Kalau sekarang dah positif, rasanya banyak company yg tak nak ambik. Rasa macam diskriminasi, but this is the truth. Majikan baru biasa tak akan suka. Tabahkan diri sampai dapat maternity leave. Lepas tu, baru pikir lagi la. Nak cari kerja lain ke tak. Saya rasa gap 4 tahun okay utk teruskan pregnancy. Sama macam saya, anak pertama 2022, anak kedua tunggu keluar tahun depan.

Baca lagi
2mo ago

Thanks Mommy, ye dah resign, tunggu masuk kerja baru. Masih company yg sama, cuma tukar dari contract to permanent ke department lain, masa buat medical check up belum tahu lagi, ni baru dapat tau semalam.

time sy masih bekerja BP selalu naik, dri seblm kawin sy dh rancang dan nak sgt resign sbb beberapa faktor tpi tak dpt..lps kawin dn once dah tahu UPT ve (13w) trus bgitw usben yg sy mengandung..then usben srh resign sbb masa ni pn BP still tak okey..sykur alhamdullilah lps resign semua ok..perancangan Allah are always greater..ad hikmah semua yg terjadi. sy kena tumpuhkan dgn kandungan sy dlu. kerja nnti cri balik lps semua dh okey dn ready..if tmpt puan berkerja environment ok just teruskan dn bgitw management.. mereka mesti phm..

Baca lagi

eh awak kenapa ckp nk teruskan ke tak , mmg awk kena teruskan mngndung , bg sy keja ni no2 kalau suami puan berkerja , sis rehat la dulu lps bersalin nnti keja balik , bukan apa majikan selalunya taksuka ibu mngndung sbb mcm ii hal kan , mesti nk cuti banyak . kalau unplanned pon tkkan nk buang bby tkslh yg slhnye makbapak nye , sbb sy pernah pregnant waktu keja dulu ada saja mcm ii smpai sy stress ank sy gugur , so sis fikir baik ii lah rezeki ni anak bkn smua org dpt merasa

Baca lagi

Sis. Kebanyakan company akan ok je. Ad comp saya apply, bank, nk offer i, i tolak, i ckp ada plan nk besarkan family, then depa tanya, if u pregnant rite now we are ok. And ada juga my current comp, colleage baru masuk, then dpt tahu pregnant, big position pulak tu, relax je comp accept. Nk buat mcm mana kan. Unplan. Lagipon depa tak rajin dah nk interview lagi. InshaAllah ok je sis. Rezeki. Jgn bnyk fikir. Explain je situasi u. Yakin, InshaAllah ok

Baca lagi

macam saya pun haritu baru sebulan kerja dpt tahu upt +ve, rasa macam blank tkthu nak buat apa. sebulan jugak makan mcm2 untuk bagi bleeding sbb takut kena buang keje ke apa. tapi baby survived, now dh 12w dan saya sedar yg dia kuat, saya pon kena kuat. andai kata majikan saya ni nak terminated saya pon saya ok, percaya pada rezeki Allah. saya dah taubat & sorry banyak2 dkt anak. harap anak saya lahir sihat & bijak 🥹

Baca lagi
TapFluencer

Kandungan perlu diteruskan sekiranya tiada mudarat. Itupun doktor yg mengesahkan ok teruskan kandungan atau tak, tapi bukan sbb dpt offer kerja baru lah. Sekarang ni, Kuatkan semangat utk beritahu majikan dan yakin positif doa utk di kurniakan kehamilan sihat, selamat, ceria, sabar, reda, majikan dan rakan sekerja yg memahami dll yg baik2

Baca lagi

bukan dilema nak teruskan atau tak kandungan tu tapi lebih kepada dilema macam mana nak bekerja dengan keadaan tu. saranan saya, beritahu majikan baru tentang keadaan puan & bersedia dengan sebarang keputusan pihak majikan.. percaya setiap aturan Allah adalah yang terbaik 😊

Baca lagi