Morning sickness teruk

Sy dah 8 minggu. Ini pregnancy ketiga tp morning sickness makin teruk. Rasanya dah sebulan sy takboleh makan nasi. Minggu ni pulak sy langsung takboleh telan apa2. Sy mcm dah give up. Air pun dapat minum sikit je. Bila makan buah rasa perut gassy. Pening setiap masa. Bila makan akan jadi pening dan muntah. Sy sensitif sgt dgn Bau dapur/ bau rumah. Sy terperap dalam bilik dah 2 hari. Baring pening, duduk lagi lah pening. Nak lelapkan mata pun rasa berputar-putar. Makan ubat tahan muntah tapi rasa kepala berpusing-pusing dan tekak perit. Sy rasa nak ke hospital gov dan minta warded tp risau kalau hospital tak layan dan suruh balik. Sy taktahu nak buat apa dahhh 😭😭

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

sama sungguh situasi sis gan saya🥲😭bau rumah n udara dlm rumah semua x kena,, mkn ikan bilis gan nasi kosong pon kuis2 nasi tu,,x selera nk mkn lagi kan nk mengunyah,,,sy mkn buah mangga on the spot muntah abis semua 🙃perut kosong blik,,mlm2 menahan sakit perut lapar n tahan muntah,kadang give up tu ada tapi nk buat macam mne trpaksa redha,,teruskan perjuangam smpai abis alahan,,harap nya cukup 12week abis la sudah alahan nya,,xsanggup nk sambung lagi ke trimester kedua😔

Baca lagi

Saya 6w6d saya jadi memilih nak makan. Tapi saya kena makan jugak sebab fikirkan baby kesian kat baby, solution nya saya ikut je apa tekak nak makan. Asalkan sy dapat makan, perut tak masuk angin. Kalau asyik tmuntah, cut makanan yg oily. Puan try makan dlm kuantiti sikit tapi kerap. Susu panas or sup panas2 pun best kalau tekak tengah loya ☺️ . Smga baby & puan sentiasa sihat 🤲🏻 . Dpermudahkan sehingga bersalin. Chaiyok2 puan 💪🏻❤️

Baca lagi

Tak pernah lagi rasanya hopsital gov tak layan kalau pregnant mother pergi dengan keadaan takboleh makan minum , muntah ni. Paling kurang kalau tak warded pun akan masukkan drip air. Tengok pada keputusan air kencing dan darah, kalau elok mungkin boleh balik selepas tu. Kalau tak, kena tahan la. Puan yang tahu badan puan macam mana. Kalau betul2 tak tahan , sila lah ke hospital. Kena tunggu lama sikit tu normal lah. Mohon bertabah puan . Jaga diri

Baca lagi

saya faham situasi puan. sepanjang mengandung saya alah nasi dan tak boleh lansung bau goreng. apa yg saya cuba ialah makan buah masam dan minum susu masa trimester pertama. makan apa pun mmg tak lalu. yg boleh cuma asam laksa je huhu. mmg seksa rasa melepet kat katil tak boleh buat apa. mcm mcm jenis makanan dah try mmg loya sgt. penat tapi kena cuba jgk isi perut dgn apa yg boleh. moga dipermudahkan urusan!

Baca lagi

Sy pregnant anak ke 4 pun masih tak tahan dengan morning sickness..lapar tp bila makan mula la nak muntah..minum air pun tak berani banyak…bila muntah lega kejap lepas tu dtg balik..tak boleh lgsung bau dlm rumah..bau sabun, sabun basuh baju, tgk sinki,wangi sgt tak boleh busuk tak boleh, bau masakan tak boleh..semua kerja rumah tak boleh buat..asyik nak baring je..harap2 utk trimester pertama je la..

Baca lagi

ini mcm saya mngndung ank pertama..cari mknn yg awak boleh telan..jnji mkn walupon sket..air kosong xleh telan saya mmg minum je air manis k masam ke..jgn lewat mkn kalu x gas angin lg mnjd2 dan muntah n muntah..pg amk skeping biskut atau roti apa2 yg awak lalu..masuk tngh hari .kalu xlalu nasi mkn je apa yg awak lalu..jgn biar perut kosong smpai masuk angin..ptg dan malam..xksah mknn apa2 jnji sumbat

Baca lagi

masa anak no2 Sya macam ni lah sampai badan susut 48 ke 42kg . .Sya rasa tak boleh nak bernafas da akhirNya keluarga antar kecemasan terus kena Tahan . . sebab tak boleh makan nasi minum air putih apa2 la makanan tak boleh asal makan muntah . .tapi Bila dekat wad Sya makan berselera🤭🤭

Semoga awak berjaya tempuh musim alahan. Saya sarankan awak pergi je hospital dulu. Dia layan atau tak tu nombor 2. Yang penting kesihatan awak dan kandungan tu. Selalunya dia tahan je and masukkan air