33 weeks: sakit prot braxton hicks atau tanda nk bersalin??

hi, sy dah 33w 1 hri..nk tya, normal ke klau 33w skit prot smp shri suntuk? kdg2 2 hri 1 mlm..btw bby aktif..cuma kerap mengeras smp sakit prot. kdg sndri konfius..nk bsalin ke braxton hicks?? beg hosptal smua dah ready...then 1g, bby boleh survive ke klau lahir 33w sbab org2 tua kata 7 bln bsalin bby idop..tp klau 8 bln klau brsalin bby umur xpnjg..risau mcm2 lani

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi Puan, Braxton Hicks setiap orang lain-lain. Ada yang seawal second trimester pon sudah laluinya. Ada yang di hujung trimester. Jika puan rasa perut mengeras sepanjang masa, sakit terlampau dan pergerakan baby berkurang. Puan boleh segera ke hospital untuk dapatkan pandangan dan nasihat daripada doktor. InsyaAllah jika bayi lahir sebagai bayi pramatang dan kita dapat ke hospital dengan kadar segera, insyaAllah bayi akan terselamat namun akan di pantau di bawah jagaan doktor atau pun nurse sehingga bayi betul-betul dalam keadaan stabil. Puan boleh baca maklumat lebih lagi mengenal Braxton Hicks di sini ya :) semoga jawapan ini membantu puan. https://my.theasianparent.com/real-labour-contractions-vs-braxton-hicks-contractions-whats-difference

Baca lagi