Nak kongsikan pengalaman…

Sy bulan lepas bersalin kat hosp kerajaan, sy sangat down sebab misi kat dalam LR situ garang huhu trauma sy beranak kat kerajaan Sy 1st mom tak pandai sangat nak meneran, dia marah sy lepastu tekan tekan perut kuat tau. Tengah layan contraction pun kena marah sebab sy buat angkat kaki sikit macam nak beranak tu, dia boleh pukul kaki sy suruh luruskan hm… nak bersuara sikit pun tak boleh time nak beranak tu, sakit tau tak, dia tu dulu beranak tak sakit kot Time nak jahit pulak sakit yang amat dah la sampai punggung, dia boleh cucuk paha sy kiri kanan tak cakap apa, cucuk je. Macam cucuk ballon tu, bagi la tau dulu kan. Sye tengah tahan sakit dijahit lagi dia cucuk pulak Yang paling sy ingat dia boleh kata “time nak beranak je beringat, time buat tak ingat apa kan” aku geram laaa tapi tak boleh cakap tengah layan contraction. Ni bukan anak haram la, nak ingat apa Ada tak pengalaman macam sy? Boleh share kat sini

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sbb kan ni la sy takut nk beranak kt gov. sy & husband sanggup lg kumpul duit lebih beranak kt hospital swasta yg layanan elok. yg penting terjaga mental fizikal. klw x rasa nk cekik je misi tu.