muntah air kosong tapi ade darah sikit

Sy bru 7week tpi muntah keluar air kosong dgn darah.. Tekak jd xsdap

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan. Tahniah atas kehamilan anda. Untuk makluman puan, gejala muntah adalah perkara yang normal dan berlaku dalam kebanyakan wanita hamil terutamanya dalam trimester pertama. Muntah biasanya mengandungi makanan atau minuman yang anda makan, biasanya jika perut kosong anda mungkin hanya akan memuntahkan air yang anda minum atau asid perut sahaja. Muntah yang terlalu kerap boleh menyebabkan kecederaan pada tekak atau usus, oleh itu, muntah anda boleh disertai darah. Namun, jika darah keluar dalam kuantiti yang banyak, sila rujuk kepada doktor dengan segera kerana dikhuatiri anda mengalami kecederaan yang lebih serius.

Baca lagi

Kalau alahan muntah2 biasa memang kua air je ibu. Darah tu sama Ada tekak Ada Luka atau Ada pendarahan dalaman. Apa2 banyakkan minum air kosong lantak la kua muntah air semula ke. Dan jgn lupa jumpa Dr tnye.