preparation 1st baby
Sy 13w pregnant & ni anak sulung. Apa yg sy perlu prepare? Sy mcm pening la even nak pilih botol susu which one yg ok, sabun baby, baju, barang2 baby, barang2 utk berpantang. Sy rasa mcm byk sgt benda. Itu blm masuk breast pump & carseat. Perlu beli online/walk in kedai baby sebaiknya?

Personally, saya menabung untuk beli benda yang paling penting — iaitu kerusi keselamatan kanak-kanak dari jenis infant carrier seperti bakul. Walaupun ada yang kata boleh beli selepas pantang, mana tahu terpaksa berulang-alik untuk pemeriksaan di hospital atau klinik kesihatan. Infant carrier boleh digunakan oleh anak seawal keluar dari hospital dan ada juga hospital swasta seperti Rampai Puteri Medical Centre mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan semasa meninggalkan hospital. Kalau Puan masih belum beli kerusi keselamatan kanak-kanak, boleh dapatkan cadangan di Facebook group Child Passenger Safety Malaysia (CPSM) di sini: https://www.facebook.com/groups/cpsmalaysia.org/
Baca lagi