anak saya 22hb8 ni masuk 2tahun. ada cara yg berkesan tak utk stop kan dia susu badan?
susu badan
Hye sis… saya ada pengalaman 2 anak… Anak sulung stop susu badan umur 2tahun… Apa saya buat, siang2 saya bagi susu kotak kecik dutch lady. Bila anak dahaga mintak susu bagi air kosong dulu…Malam2 pon bila dia mintak susu saya cuba2 bagi air suam isi dalam botol letak tepi bantal. Lepastu selalu cakap dia dah besar, kena stop susu badan, boleh minum susu kotak… sebab saya bagi susu kotak saya dah cuba susu formula macam2 jenis, botol susu pon sama macam2 jenis, tapi anak taknak. Alhamdulillah genap 2tahun anak sulung perempuan saya berhenti susu badan sepenuhnya. Untk anak no.2, anak lelaki. Ni agak struggle sebab umur 3tahun baru berhenti susu badan. Ni pon sama try macam2 jenis susu formula macam2 jenis botol susu…semua tak jalan. Petua2 orang lama pon try, sapu itu ini di nipple, belacan, asam jawa, air akar seruntun, daun pahit2 semua tak jalan… at last mak angkat saya bagi petua, bancuh pekat serbuk kopi halus, sapu di nipple malam2 masa nak tidur, supaya dia tak nampak, bila sekali dia rasa terus taknak… sejak tu terus anak stop susu badan sepenuhnya, genap 3tahun masa tu… lepastu tak dapat tidur lena jugak sebab anak akan terjaga time nyusu malam dia… makan masa setahun jugak untuk biasakan. Sekarang ank dah 4 tahun. Alhamdulillah dapat jugak tidur lena… siang2 banyakkan bagi anak minum air masak…
Baca lagi