Emosi Berpantang

Sudah 16 hari saya berpantang pada hari ini. Sepanjang 16 hari ni, hampir setiap hari air mata tumpah. Pelbagai perkara bermain di fikiran. Pertama, saya rasa sangat sedih sewaktu awal berpantang kerana ketiadaan susu badan, dan rasa tak ada sokongan pun dari keluarga, ada yang cakap begini "kesian anak, kembung perut hisap dada kosong" Allahu, sedihnya hati..saya rasa saya ibu tak guna, tak dapat kenyangkan anak saya. Beberapa hari saya down. Kedua, bila badan dah ada susu, lain pula ceritanya. Saya down lagi.....Tumpah lagi air mata saya.."susu cair, anak tak kenyang. Pergi buat susu formula bagi anak minum" Allahu.....Ya Allah, hati mak mana tak terasa. Sekali lagi saya rasa saya ibu tak guna. Kesian anak saya. Maaf jika saya salah guna platform ini untuk meluah. Jika ada ibu2 disini yang pernah alami perkara yang sama macam saya, mohon kongsikan penyelesaian dengan saya. Saya tak nak terus bersedih, saya tak nak terus murung. Harap ibu2 di sini dapat bantu saya.

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Awk jgn stress.. bertenang and keep positive.. teruskan bagi baby susu ibu selagi baby nak.. pantau berat badan bayi.. kalau berat naik ok dan baby tak terhidrat maksud nya ok la tu.. saya pon susu cair jugak and ada yg kata bdn baby susut.. tp as mak kuat kan semangat, teruskan je bagi susu.. Alhamdulillah berat badan baby naik and baby tak terhidrat..

Baca lagi