Emosi Berpantang

Sudah 16 hari saya berpantang pada hari ini. Sepanjang 16 hari ni, hampir setiap hari air mata tumpah. Pelbagai perkara bermain di fikiran. Pertama, saya rasa sangat sedih sewaktu awal berpantang kerana ketiadaan susu badan, dan rasa tak ada sokongan pun dari keluarga, ada yang cakap begini "kesian anak, kembung perut hisap dada kosong" Allahu, sedihnya hati..saya rasa saya ibu tak guna, tak dapat kenyangkan anak saya. Beberapa hari saya down. Kedua, bila badan dah ada susu, lain pula ceritanya. Saya down lagi.....Tumpah lagi air mata saya.."susu cair, anak tak kenyang. Pergi buat susu formula bagi anak minum" Allahu.....Ya Allah, hati mak mana tak terasa. Sekali lagi saya rasa saya ibu tak guna. Kesian anak saya. Maaf jika saya salah guna platform ini untuk meluah. Jika ada ibu2 disini yang pernah alami perkara yang sama macam saya, mohon kongsikan penyelesaian dengan saya. Saya tak nak terus bersedih, saya tak nak terus murung. Harap ibu2 di sini dapat bantu saya.

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Sama cm sy sis, hri ni hri ke 19 dh. Susu bdn mmg xckup smpai kering, milkbooster dh, urut dh, jga pmknn dh, smua xjd. Dgn emosi awal2 ank kt nicu smggu, mmg xprnh kering mata ni dgn airmata, skrg diuji ank ssh nk tido, nangis je kja dia. Dh la sy brpntang sndri, ank sulung, kita kena kuat sis. Sis cuma pkir, Allah xkn uji klu kita xmmpu. Sy sllu doa mntk dprmdhkn.

Baca lagi
6y ago

Utk sebulan yg pertama mmg sangat mencabar. Kite taktau lagi pattern tido baby. In shaa Allah masuk bulan ke2 baby akan ade pattern tido die. Sy br nak masuk 3 bulan. Bln 1, mmg sgt mencbr, dgn baby kuning, pntang sndri, mlm x tido, siang tido tp kejap2 je. Sbb setiap 2 jam kene bg bf baby kan..masuk 2 bulan, dah tau da pe'el die.. nnti lame2 biase. Semoge dipermudahkan urusan kite semya. In shaa Allah 💕