Emosi Berpantang

Sudah 16 hari saya berpantang pada hari ini. Sepanjang 16 hari ni, hampir setiap hari air mata tumpah. Pelbagai perkara bermain di fikiran. Pertama, saya rasa sangat sedih sewaktu awal berpantang kerana ketiadaan susu badan, dan rasa tak ada sokongan pun dari keluarga, ada yang cakap begini "kesian anak, kembung perut hisap dada kosong" Allahu, sedihnya hati..saya rasa saya ibu tak guna, tak dapat kenyangkan anak saya. Beberapa hari saya down. Kedua, bila badan dah ada susu, lain pula ceritanya. Saya down lagi.....Tumpah lagi air mata saya.."susu cair, anak tak kenyang. Pergi buat susu formula bagi anak minum" Allahu.....Ya Allah, hati mak mana tak terasa. Sekali lagi saya rasa saya ibu tak guna. Kesian anak saya. Maaf jika saya salah guna platform ini untuk meluah. Jika ada ibu2 disini yang pernah alami perkara yang sama macam saya, mohon kongsikan penyelesaian dengan saya. Saya tak nak terus bersedih, saya tak nak terus murung. Harap ibu2 di sini dapat bantu saya.

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Allah..sis kuatkan diri xpyh dgr sgt org ckp2 tu k? Bukan ke pengeluaran susu ibu ikut demand drp baby? Awal2 baby kan xminum byk..susu cair pun insyaAllah sesuai je dgn baby. Allah dh buat susu ibu ni susu yg terbaik buat anak kita. Walau mcm mana pun keadaan susu tu, itulah yg terbaik utk ank kita. Jgn down lama sgt ye sis. Klu rasa down, meh kita sembang2 dlm ni.

Baca lagi