Sekadar meluah
Stress rasanya bila duduk serumah dengan mil. Nak pindah memang tak boleh sebab ini rumah suami, dan mil memang tinggal bersama suami sejak kami belum berkahwin. Selepas bertahun kahwin, kami baru diberikan zuriat. Mil yang terpaling excited. Saya paham sebab ini cucu sulung dia, tapi kadang dia agak melampau. Setiap malam mesti akan ambil anak kami tido dengan dia sampai awal pagi. Kadang anak menangis sebab mengantuk, saya nak ambil dari dia tapi dia tak bagi. Kalau hari minggu, sebolehnya anak kami ni kena duduk dengan dia dari pagi sampai la malam. Haih, agaknya macam mana nak setel masalah ni ye.