Minta pendapat

Sorry lari tajuk sedikit. Saya nak minta pendapat semua. Saya ada baby baru 4 bulan. Dan saya ada sepupu yang istimewa. Umurnya da dewasa tapi badannya mcm remaja sahaja kecil dan kurus. Setiap kali balik kampung, dia selalu nak conquer baby saya. Dia tak bagi orang lain pegang. Dan untuk pengetahuan baby saya besar dan berat sangat. Saya dukung pun tak larat. Setiap kali balik kampung, dia akan dukung dan conquer baby tak bagi sesiapa ambil. Kalau saya bagi pada prang lain, dia akan ambil dari orang lain. Dan kalau saya yang pegang sekalipun, dia akan datang ambil. Saya tak sampai hati tak bagi. Tapi saya risau, baby saya berat dan besar. Family dia semua macam tak kisah. Tapi saya kisah sebenarnya. Saya takut jatuh atau apa2 berlaku yang akan buat saya menyesal nanti. Jadi bagaimana cara nak buat supaya saya boleh hadkan dia ambil dan conquer baby saya tanpa buat dia terasa dan tanpa menampakkan yang saya ni kejam. Tapi jujur, saya cuma taknak anak saya jatuh atau apa2 berlaku. Sebab dia kan budak istimewa, dia tak tahu apa baby rasa. Dia kasar dan acuh tak acuh sahaja pegang baby saya. Saya sangat risau. Tapi saya taknak orang nampak saya ni macam kejam pula tak bagi. Buntu jadinya. Minta pendapat. #seriusnanya #pleasehelp #ingintahu

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Setiap kali balik kg letak baby dalam carrier, yg jenis dukung tu. Kira nye mcm hint lah baby berat. Beli yg jenis ergonomic dan besar sikit. Tp make sure baby carrier tu confortable bagi baby. So x de lah sepupu awak tu nk main ambik mcm tu je sbb baby dkt dlm tu. Oh yeah pusing kan baby mengadap awak. Jgn mengadap dpn nnt pun die boleh main ambik je. Awak nk pergi mana2 pun senang bawak je baby skali (sekeliling rumah).

Baca lagi