PERKONGSIAN BERSAMA #COPYPASTE
Soalan yang sering saya terima setiap kali saya menulis tentang pelukan. Jawapan saya, TIDAK. Pelukan tidak akan membuatkan anak manja (spoiled) kerana pelukan adalah satu KEPERLUAN bukannya satu KEMEWAHAN ataupun GANJARAN. Anak menjadi 'spoiled' kerana tiadanya batasan, kerana ibubapa permisif. Jika anak selalu dipeluk dan ibubapa juga menetapkan batasan, ia tidak menjadikan anak manja. Bagi sesetengah anak, 'love language'* atau bahasa kasih sayangnya adalah sentuhan fizikal. Anak ini sentiasa mengharapkan dan dahagakan pelukan dan sentuhan sebagai bukti kasih sayang. Jika anak anda sering mahu dipeluk, dibelai, disentuh, dicium, dan diusap, kemungkinan besar 'love language'nya adalah sentuhan fizikal. Dia tidak akan menjadi manja atau 'spoiled' dengan pelukan anda kerana ia satu keperluan baginya. Mereka yang melarang anda dari kerap memeluk anak dengan alasan ia akan menjadikan anak manja, mungkin tidak pernah merasai 'magic' sebuah pelukan. Noor Afidah Abu Bakar Parent Connect Consultancy *'The Five Love Languages (Gary Chapman).