Luahan Terasa Hati

Skrg sy 37w3d insyaallah due 10/2 ni. Hjung2 pregnant ni jari tangan sy kiri kanan semua kebas xboleh genggam. Sy rasa susah nk buat keja kecik mcm nk buka penutup botol air n suap makanan. Bila mlm ia menyerang lebih teruk rasa sakit mencucuk, semut2, rasa panas pada ibu jari, jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan rasa sakit mcm darah xjalan area pergelangan dan bawah tangan. Sy dh refer doc ckp tu bnda normal berkaitan saraf ibu hamil dan akan hilang lepas bersalin nanti. Btw sy suri rumah dan ada toddler 2y yg sy urus hari2. Smlm sy ada mntk tlg suami urutkn jari sbb xtahan sakit..dlm 15min dia ckp “dah la xlrat..abg urut xpnah2 lega asyik sakit ja” lpastu sy sruh dia stop la dan air mata sy tiba2 berjurai sampai skrg ni xstop sbb tringat kata2 dia tu. Sblum ni bila sy balik kampung sy mntak mak sy urutkn xpnah pun mak sy ckp pelik2. Sy pun xmintak utk sakit mcm ni. Sy bila dh terasa hati sy jd kurang brcakap sgt dh. Tp suami sy baik dia xpnah abai tanggungjawab dia. Apa sy nk semua dia bg. Skrg sy trpikir pulak nti pantang mcm mna la nasib sy..sy slalu doa mntk klau sakit pun jgn mnyusahkn org..biar sy sorg2 yg hadap.

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Its okay sis… Sis tengah mengandung.. Mungkin cepat terasa… Mungkin suami sis pon betul2 letih. Tapi tu la bila nama dah kahwin ni pada saya maksudnya susah senang sihat sakit kita sama hadapi tolong menolong, memahami… Kadang saya pon terasa dengan kata2 suami tapi saya faham kerja suami teruk… tapi saya tak suka simpan saya akan terus terang dengan suami. Jenis saya tak berani cakap depan2 takut nangis lebih dari bercakap, so saya guna method mesej ja bagitau apa yang saya rasa. Mungkin suami tak faham taktau keadaan kita surirumah dirumah macamana nak2 bila tengah pregnant dengan ada anak yang tengab aktif… Kita takleh simpan sis… bahaya… bahaya untuk diri kita… bahaya untuk hubungan kita keluarga kita masa depan kita. Saya dah nampak reality sebab terjadi pada mak saya. So itu ja saya fikir, saya rasa tak kena or tak puas hati kat mana2 saya mesej suami bagitau, tanya, cerita apa yang patut… kongsi semua… sebab itu suami kita, dia la kawan tempat kita luah n bercerita… kita surirumah dok rumah hadap dinding hadap peel anak hadap kerja rumah takda borak dengan sapa2… fitrah kita kena bercakap… jangan simpan… kalau sakit bagitau sakit… nak rehat bagitau… saya kadang keluar p kedai ka mana2 kejap, nanti balik suami cerita anak2 buat itu ini segala bagai sepah rumah, saya cakap “tahu takpa, itu la yang saya hadap hari2 selama bertahun2 ni…” Tu suami baru hadap tak sampai sejam… Pernah saya mesej suami saya bagitau sata burnout gila, rasa takleh nak buat apa2… dari situ suami mula faham… Harap keadaan sis bertambah baik sihat2 selalu Moga urusan bersalin berpantang dipermudahkan dan bahagian bersama family sampai bila2

Baca lagi
VIP Member

Carpal tunnel syndromme. Kalau urut mmg tak lega pun..sy selalu tarik2 jari atau letupkan..Kalau nak melayan mata nak tidur, sy mintak suami urut sampai sy tertidur. Mmg lepas bersalin baru hilang. Sy faham perasaan sis..sebab kita tgh sakit 1 bdn skrg ni kan..suami pulak ingat kita mengada asyik mengeluh sakit. Tu yg kita sentap. Sy bila waktu tgh sakit 1 badan sy ckp dekat suami, "syg harap ada pahala terselit utk syg masa mengandung ni, menahan segala mcm sakit"..atau pun "syg mintak maaf selalu susahkan b urut syg selalu".. Sometimes org lelaki ni kita nak kena tegur..dorg tahu kita sakit. Lepas tu dorg lupa diri kita tgh pregnant, sakit2 1 bdn. So awak kena psycho sikit. Kita pulak tgh mcm ni mmg moody, sentap selalu. Awak lg kenal suami mcm mana kan, so pendekatan setiap org tu berbeza. Apa pun awak kena luahkan dekat suami. Lelaki ni dorg bengap sikit bab memahami perasaan ppuan. Kena bgtau. Sabar ok, kita strong mami❤️

Baca lagi

sy suri rumah ,37 week lebih jugak sy kebas2 kaki 2 belah dan tangan kadang3 kebas cuma buat do no je sbb uruskan anak sulung lagi terpaksa kuat nak layan dorg main mandi ape semua .., nak suruh suami urut memang sekejap lahh dia lak penat keje ,urut sikitt pon tertido . takpe nt kite pantang kite gunekan diorang pulak .. yang penting minum susu + ubat klinik bgi .kadang darah tak jalan tu banyakkan gerak ,letih rehat sandar kaki tinggikan ... sama2 kite ikhtiar dri kebas2

Baca lagi

Tenang Puan, ketika hamil emosi kita tak stabil.. mudah terasa hati, mudah rasa rendah diri..etc. Selain emosi, fizikal kita juga diuji dengan sakit sana sini. Mengenai suami Puan, mungkin dia tidak berniat untuk cakap sesuatu hingga tanpa sedar telah melukakan hati Puan. Mungkin dia juga penat ketika tu. Sama2 penat. Jangan ambil hati dengan kata-kata suami yer Puan. Berlapang dada & banyakkan istighfar. Take care Puan.

Baca lagi

Takpa sis, suami mmg tak paham sebb diorg tak alami. Diorg ingat kita ni mengada2.. sy pn pernah minta suami urut, kalau dia urut tgn ke kaki ke tak pernah fokus.. sebelah tgn mesti main phone.. even dia dalam bidang mengurut.. tapi sy paham.. dia pun kerja sakit2 badan naik motor setiap hari jauh2..takda siapa nak urut dia.. nak suh kita yg mengandung urut mmg takda kudrat.. bersyukur saya dia urut sikit2 tu pun dah memadai 🥹

Baca lagi

Kita Sama sis...Saya sekarang 36 weeks jari ni dah dekat sebulan kebas2...suami Ada urut cuma kalau kerja umah kn cakap Baru buat..Kita plak Jeni's tak suka menyuruh...kalau bangun pagi Nak cebok pun susah sbb Jari semua bengkak...harap juga lepas bErsalin terus hilang sebab takut Nanti lagi menyusahkan dgn nk handle baby lagi...doktor pun cakap kena Banyak sabar sebab memang tiada ubat

Baca lagi

sy skrg 37w tgn mula kebas dr start 28w lg itupn sblh kanan sahaja…kebas y sentiasa non stop, seksa rasanya..skrg dah mlarat ke tgn sblh kiri lg..dua belah tgn dah start kebas. xda cara utk redahkan. dah rendam air suam pn x jln. suami urut pn xjln. hrp nya lepas bsalin ni akan normal balik.

sy mengandung 37w4 day,anak sulung pla sebaya anak sis,anak pertama sy kena mcm sis,lps bersalin sebln bru ok jari tu,doc ckp kerap genggm bola kecil spya saraf sakt sngt..sy lps bersalin doktr sruh mcm tu..nnti lps brsalin ok dah tu sis.

Sama sis.Tapi saya belah kanan pulak.Malam ngilu sgt.Semoga cepat sembuhlah,nanti payah nak urus dan mandikan baby nnti.Now kandungan dah 35 week😢