Berpantang sendiri

Sis nak tahu disini, siapa blh share pengalaman. Suami pandai jaga isteri dan sediakan beli set pantang. Tapi tiada pengalaman nak guna set pantang, apa yang diberi ? dan bagaimana nak guna? Jamu manjakani, kunyit, halia, lada, halba, bila patut amalkan ? sewaktu tempoh pantang ke? jika tak mahu amik confinement lady. Suami pandai urut anak dan mandikan anak dan sediakan makanan bagi si isterinye._ cuma nak tanya set pantang apa perlu dibeli dan bagaimana cara memakainye?

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Saya tiada pengalaman. Saya rancang ambil servis tukang urut shj selama 3 hari. Cuma pasal jamu tu saya memang tak nak amalkan untuk berpantang, just amalkan diet suku2 separuh dan elakkan makanan yg kita alah. Sy masih trauma makan jamu yg buat haid sy jadi panjang dan kluar darah fresh. Saya pun tak nak bertangas semasa darah nifas masih ada. Rancang buat tangas lepas sebulan nifas berhenti. tungku pun tuam guna hot pad je lah. 🤭 param pilis guna lotion mustajab. bengkung guna yg berzip. mandi herba saya guna gel mandian Al Syifa - pati bidara, limau purut dan madu kelulut yg dh biasa sy pakai. Lps habis nifas baru sy plan ke spa yg ada pakej pantang ni. Haha. lebih suka nak banyakkan berehat dan bonding time dgn anak dan suami. kesiankan suam banyak nk sediakan itu ini. Bg sebahagian tugasan je. Nnt dia pun sama letih. lgpun sy tak selesa org luar (CL) lama2 di rumah masa kita dlm keadaan lemah. cukuplah berurut dlm 1½ ke 2 jam gitu. perancangan saya... lg molek perancangan Allah. 🤲🌻🥰

Baca lagi