Tips Meredakan Sembelit Selepas Bersalin

Sis hari tu sembelit teruk selepas bersalin.Walaupun pakai Dulcolax,2 3 hari kemudian sembelit balik.Dekat sebulan lebih sis menahan sengsara sembelit.Sekarang ok sudah lepas try tips ni. 1)Makan makanan berfiber(dry prune,brokoli,yakult,biskut laktasi yg ada flaxseed & rolled oats. 2)Minum banyak air.Bila sis makan biskut laktasi biasanya tekak rasa haus sangat,jadi akan sentiasa minum air. 3)Amalkan membuang setiap hari.Duduk di tandas 5-15 minit sampaila rasa hendak membuang. 4)Banyakkan berjalan untuk menggalakkan bowel movements.Dalam rumah pun boleh. 5)Kurangkan daging,banyakkan sayuran dalam makanan. Sekarang kalau sis makan daging,sis akan pastikan untuk makan dry prunes 3 biji.Nda mau sis kena sembelit lagi.😣

undefined profile icon
Tulis jawapan
Jadi orang pertama untuk membalas!