2 Balas

1) susu badan sudah terhasil sejak usia kandungan kita 16w. Normal bagi ibu hamil susu badan sudah terhasil (titis2) dan normal juga bagi ibu hamil yg belom keluar susu badan (titis2). 2) Ubah mindset awak. mindset awak memainkan peranan penting dlm penghasilan susu badan awak. kena yakin susu badan ada dan mencukupi utk baby awak 3) Fahamkan konsep asas penyusuan susu ibu iaitu DEMAND (permintaan) vs SUPPLY (pengeluaran/penghasilan). 4) sejurus kelahiran baby awak teruskan bagi baby directfeeding. pastikan lekapan baby pada breast awak betul. kalau tak pandai tanya nurse yg ada dlm ward utk tunjukkan. igt segan bertanya sesat jalan. ilmu ni kita kena gali. dia xturun macam tu ja kt kita. andai kata baby xde dgn awak. marmet 1@2jam sekali utk merangsangkan pengeluaran susu badan awak. kalau xtau apa itu marmet boleh je search. dn belajar cara2 utk marmet. 5) gali ilmu penyusuan susu ibu. sebab penyusuan susu ibu ni tak semudah yg kita fikir. sua breast susu keluar. follow lactation counselor yg diiktiraf. LC2 ni share ilmu free je dekat sosial media dorang.

semua ibu pasti dikurniakan susu badan apabila anak telah lahir dan mula menyusu. hormon sewaktu melahirkan dan penyusuan itu main peranan. banyakkan belajar cara penyusuan yg betul. boleh follow lactation counsellor mcm nad masrom kat fb/ig/tt

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan