Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Dreaming of becoming a parent
Cerai bedung
Sy agak stress bila anak asik tidur perlukan bedung dan buai. Sekarang dh 8 bulan. Awal awak nk tidur mesti kena bedung dan buai. Tk reti tidur sendiri. Kalau mengantuk sanggup tahan mata. Sy ikut mcm mcm org ajar. Tetap sama. Kadang malam tertekan sgt, bila mak sy asik ckp "kau tknk ajar dia cerai bedung ke? Susah nk bawak berjalan mcm ni" sy smpai paksa anak sy tidur smpai sy teremosi. Tk pasal anak sy pun kena marah. Tertekan sgt.
Susu fm dan susu badan
Hai mommys. Nak tanya boleh ke kalau siang kita bagi susu fm. Malam kita breast feed. Sebab bulan depan dh start kerja. Susu badan bila pump tk keluar banyak. Nak marmet je baru keluar tu pun tk banyak. Susu sy ada bila baby direct feed je.
Waktu tidur
Nak tips untuk ubah waktu tidur baby newborn. Walaupun kena amik masa. Takpe, saya cuba.
Baby newborn
Hai mommys, sy baru bersalin 3hari lepas and ni first baby. Sy nak tanya mmg baby cepat terkejut ke even tkde bunyi apa apa pun yg ganggu dia? Tapi mata tertutup bila dia terkejut tu.
39 minggu takde tanda bersalin
First time pregnant, perut mengeras pun kejap kejap je. Tapi bila baring bahagian ari ari dgn tulang belakang sakit sgt. Nak ckp kontraksi tu betul atau palsu pun sy kadang konfius. Dah banyak berjalan, naik turun tangga. Tapi masih takde apa apa tanda. Cuma rasa ngilu je dekat bahagian ari ari tu bila berjalan. Saya takut nak induce andai takde apa apa tanda lagi.
Tanda tanda bersalin
Hai mommys, nak tanya. Untuk yg first time pregnant, biasanya berapa minggu dh keluar tanda tanda bersalin? Saya dah 38 minggu. Tapi takde tanda apa apa lgi. Ke mmg kena tunggu 40 minggu jugak?
Susu badan
Siapa kt sini due date dah dekat tapi masih tkde susu badan? Sy selalu jugak urut. Tpi tkde pun apa apa yg keluar even setitik. Walaupun sakit bila bengkak. Risau je tkde susu nanti bila bersalin nnti.
Tulang ari ari
Sy dah masuk 29 minggu. Tulang ari ari sy makin lama makin sakit smpai ganggu pergerakan sy. Normal ke? Atau certain orang je yg alami benda ni??? #firstmom #pleasehelp
Sakit tulang pelvis
Saya baru 29minggu. Tulang pelvis sakit sgt smpai susah nak gerak. Normal ke? #firstmom #pleasehelp #firstbaby
Sakit kepala
Saya week 29, normal ke trimester 3 ni kerap sakit kepala yg lama ? Mula mula ingat tak sihay, sebab sekarang kan musim demam bagai. Tapi kepala ni sakit lain mcm. Time solat, nak tunduk ke apa mesti berdenyut. Mcm migrain pun ada. #firstbaby