Gatal, gatal dan gatal

Siapa kat sini ada gatal2 macam ni.. rasa macam dah x tahan sangat bila mengaru.. feeling mengaru tu mahu keluar mata putih.. saya skrg dah 33weeks.. macam2 krim guna.. mmg saya skrg tgh try and error.. tapi tu la byk krim dah guna.. farmasi dan klinik bagi dah habis guna.. sapu bedak sejuk pun sis cuba tapi macam xda apa2 kesan pun.. sapu bedak merah pun dah.. xtaw nak buat mcm mana.. lagi2 kalau musim panas.. dia punya merenyam gatal dia x boleh bawak bincang..

Gatal, gatal dan gatal
18 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sy dua kali pregnant dua kali lah gatal2. Habis lengan kanan dan kiri. Mula2 ingatkan hama katil dah tukar cadar baru semua still gatal. Kot2 nyamuk pun dah abes sebotol ridsect pun still malam gatal macam kena gigit nyamuk gitu. Sy tukar shower gel brand linola (bagus untuk gatal2. Beli di caring pharmacy) baru okay sikit.

Baca lagi