9 Balas

sy sangkut gdm masa last minute dah. few weeks sebelum masuk trimester ketiga, tapi just gdm on diet. pastu kena refer pakar pemakanan. kena start makan cara suku2 separuh. ni cara sy makan : - breakfast (8am) (susu HL segelas, air masak segelas, sandwich telur (roti wholemeal)) - snack (10am) (epal hijau/oren/kismis/kurma) - lunch (12.30pm) (nasi berlauk suku separuh, nasi 2 senduk landai, ulam setengah pinggan, lauk apa pon boleh, janji kena ada protein seketul) - snack (3pm) (epal hijau/yogurt/kismis/kurma/oren) - dinner (bfore 7pm) (nasi berlauk again sama macam lunch) - lepas dinner biasa tak makan, tapi kadang2 kalau lapar sangat, makan buah sebijik and minum air masak. - boleh minum manis tapi hadkan seminggu 2 kali - i also hv cheat day asheeminggu asheekali gitteww (hari jumaat). - pakar pemakanan kata boleh makan kuih2/fast food/maggi tapi also kena hadkan. kalau nak makan tu just makan sebijik dua or sikit je. jangan seksa diri. setakat ni amalkan makan macam tu, berat memang naik ikut piawaian nurse garang kat kk. bsp setakat ni tak pernah lebih dari sepatutnya. kalau tak ikut cara tu, naik berat, terpaksa la ulang alik lagi. tapi alhamdulillah, sy and baby sihat and okay even kurangkan sikit makan tu. cuma nafsu la terseksa sikit. tapi kuatkan semangat, demi anak tercinta.

TapFluencer

Sy GDM on diet controlled. Pertama kali kena memang stress. Sebab kita di awal kehamilan, banyak perubahan kita alami, makan pun takut2, selera pun kurang alahan lg. kuatkan semangat, redha sabar dan syukur hadapi ujian kehamilan. Di KK kami mendapatkan pemeriksaan, KK menjadualkan ibu2 GDM ni dgn kelas pemakanan. Jadi, saya ikut je apa yg pegawai sains pemakanan ajar iaitu diet suku2 separuh, no sugar & less carbohidrat diet. Mkn buah dua kali hidangan. Mkn buah slps makan. Kurangkan makan berminyak sebab minyak ni lg buatkan gula lama dlm darah. Mkn banyak sayur sbb sayur serat tinggi blh tapis gula dlm darah. Gitu. Mkn on time. Bnyk lg info yg x mampu sy nk share sini. Alhamdulillah, saya dapat rentak ikut diet mcm tu. Sekarang saya buat BSP sebulan sekali & self monitoring. Sekali sekala nak cheat day pun boleh, teringin nak mkn kek ke, choc ke, ... Tp jngn lh mkn time hari buat BSP tu. kantoi kang. Jaga. Seminggu sekali ke, blh lh mkn. Syukur, time hamil ni, bila sy mkn manis, sy jd loya. So sy kurangkan / x mkn langsung makanan manis2. Buah buahan manis mcm tembikai yg saya suka pun, sy tak blh masuk sangat. Bonus badan pun slim bila ikut diet mcm tu. ❣️

saya gdm on diet. nk turunkan gula amalkan petua ni : minum air jus peria katak + epal hijau. ( 2 biji epal + 1 biji peria katak). tak pahit pon. minum sejuk2 sedap. awal2 disebabkan hb low. amalkan makan sayur bayam. memang menjadi. gula memang wajib cut terus. bykkn mkn buah. diet seimbang. Alhamdulillah semua makin ok.

sy tiap kali lpas mkn..minum air lemon suam.. Alhamdulillah ok takpenah lebih 5..skali ja tinggi 7.2 waktu mkn tgh hari..tu pon sbb mkn nk dkat2 habeh wKtu puasa..lpas tu sampai branak ok..

Kawal makan dan lepas 15 minit makan kena banyak kan berjalan. Cut air mania sepenuhnya. Minum lemon kurang kan gula.. banyak kan berjalan kalau nak tutu kan gula lepas makan ya

sy pon gdm on diet.. amalkan rebusan daun pudina pastu perah lemon atau limau kasturi..letak dlm peti.. mak ai sedapnya.. masam2 gitu..

VIP Member

Sy ad share 2 post. 1 cara sy mkn wktu gdm. Kdua psal sblum n slpas brslin msa .. bolei bca kt wall post sy. 😊💕

VIP Member

sy insulin 4x sehari masa mengandung

Sis. Sy pun sama 4x sehari insulin. Skg sis mcm mna? Baby sihat?

sy gdm on diet... hb low😅

sama lah Saya.. hehe.. berat turun x?

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan