62 Balas

VIP Member

doktor..blh bantu sy makanan apa yg elok utk naik kan teknan darah utk ibu mengandung?

sila tanya soalan mengenai makanan organik utk ibu hamil sahaja... bukn soalan lain

hai doc, minggu keberapa boleh buat details scan untuk tahu details pasal baby n jantina?

23w - 33w

saya hmil 5 bln slalu miring seblah kanan ..adakah bby lki prmpuan

saya hamil 36 minggu bru thu ada kencing manis macam mane nak kawal permakanan

Disebabkan darah gula dalam kalangan kehamilan adalah sedikit tinggi berbanding dengan biasa. Oleh itu, makanan dan minuman manis adalah digalakkan kurangkan semasa hamil. Makanan berkarbohidrat seperti mee, biskut, roti hendaklah dikurangkan terutamanya ramuan yang mempunyai "refined" tepung dan gula. Pilih pilihan wholegrain (high GI) serta berserat tinggi boleh meningkatkan gula darah secara stabil dan perlahan. Buah buahan yang tinggi dalam kemanisan seperti anggur, nangka, mangga dan pisang (High GI) hendaklah dikurangkan. Cubalah membeli produk organik dan kurangkan makanan berasas haiwan. Anda juga digalakkan makan setiap meal secara berkurang-kurang (seperti bahagi 3 meal ke 6 meal), cara ini dapat meningkatkan darah gula dengan lebih stabil dan perlahan.

bila jantina bayi boleh diketahui melalui imbasan USG?

Kalau saya tidak cukup makan sayur and buah, ada apa-apa yang saya boleh buat?

Makanan yang seimbang adalah amat penting kepada semua orang terutamanya wanita hamil. Tiada supplement yang boleh mengantikan makanan seimbang. Anda mungkin perlu secara perlahan-lahan tambah sayuran dan buahan ke dalam pemakanan anda. Kalau perlu, anda boleh cuba buat dan minum jus atau smoothie menggunakan sayuran dan buahan organic segar supaya anda lebih banyak memakan makanan ini.

helo doc, saya nk tanya? betul ke takboleh makan hati ayam ketika mengandung?

Makanan organ adalah tidak digalakkan kerana kebiasanya ia mempunyai bakteria yang tidak dapat dihapus dengan masak suhu tinggi. Biasanya logam berat dan toksin akan disimpan di dalam organ dalaman seperti hati. Tambahan pula, sekiranya makanan peliharaan haiwan seperti ayam mengandungi logam berat dan toxin, ia juga akan disimpan di dalam organ dalaman. Sekiranya dimakan, ia mungkin akan menjejaskan kesihatan anda. Anda boleh kurangkan makanan haiwan dan meningkatkan makanan berasaskan tumbuhan seperti sayur dan buah serta wholegrain. Sekiranya anda ingin menaikkan HB semasa hamil, cubalah makan anggur merah, kacang cashews, prunes, raisins, tofu.

Ada tak makan organik yang saya patut fokus kepada? Saya sekarang trimester 2

Dalam trimester ke 2, tenaga perlu bertambah sebanyak 340kcal/sehari, oleh itu makanan nutrient dense adalah sangat penting. Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat termasuk karbohidrat yang berkualiti, protein bermutu, lemak, vitamin dan mineral adalah sangat penting. Anda boleh memilih makanan berorganik agar dapat mengurangkan beban buah pinggang kepada ibu dan anak. Produk yang mempunyai label organik adalah satu persijilan untuk memsatikan segala ramuan yang dipakai tidak mempunyai kandungan GMO, baja kimia serta air yang berkualiti. Anda boleh cuba tukar sayur dan buah segar ke sayur organik dan kerap masak di rumah untuk pemakanan yang seimbang dan sihat!

Hai doktor saya kerap2 sakit kepala dan makan ja muntah...

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan