62 Balas

hai doc.. lately berat saya menurun, bimbang juga berat baby terjejas, apa yang perlu saya buat? untuk naikkan berat baby. usia kandungan sekarang 30 week, masa baby 27 week berat baby 1kg

hai, anda boleh menambah makanan yang tenaga tinggi seperti karbohidrat, lemak serta protein yang bermutu tinggi. Cubalah makan karbohidrat yang berkualiti seperti brown rice, wholemeal bread, biskut wholemeal, rye, oat. Tambah lagi, minuman protein berasas tumbuhan dan lemak tinggi dengan omega 3 boleh dimakan setiap hari. Lemak beromega 3 termasuk minyak flaxseed, chia seeds, minyak walnut boleh dimakan untuk meningkatkan berat. Minyak kelapa adalah salah satu pilihan yang bagus untuk meningkatkan berat. Selain itu, pilih produk organik untuk memastikan sumber ramuan makanan adalah tanpa baja kimia dan tanpa GMO serta mempunyai logam kimia yang membebankan buah pinggang kita.Sila berbincang dengan doktor anda sekirannya isu masih ada.

VIP Member

jika scan baby kurang berat dari sepatutnya adakah ia di sebab dari segi permakanan ibu yang kurang berkhasiat. Makanan organik ape yg sesuai utk menambahkan berat baby dalam rahim?

pilihan makanan yang seimbang dan berkhasiat adalah sangat penting dalam perjalanan kehamilan. Pilihan makanan organik dapat memastikan symber ramuan yang tanpa baja berkimia, gmo dan bersih bagi tujuan kesihatan dan bersih. Makanan seimbang boleh mengikuti cara myplate iaitu separuh pinggan pilihan sayur-sayuran dan buah-buahan,1/4 protein dan 1/4 dari karbohidrat. Pilih wholegrain dan berserat tinggi dalah sangat penting juga. Selain itu, pastikan kandungan folate, zat besi, vitamin b12, vitamin D dan kalsium adalah mencukupi. bagi meningkatkan berat, anda boleh mencuba menambah minyak supplement seperti protein berasas tumbuhan, spirulina, minyak kelapa, minyak flaxseed dalam makanan harian bagi meningkatkan tenaga dan berat. Pilih produk yang berorganik untuk mamsatikan sumber ramuan yang bersih, tanpa GMO serta tanpa baja kimia.

Berapa kerap oat organik yang dicampur dengan buah-buahan kering @ segar yang dicampur susu boleh diambil dalam sehari? Dan boleh ke ditambah dengan sedikit madu? Terima kasih

Terima kasih. ☺

TapFluencer

Hai Dr dan Ms Tan, Boleh cadangkan makanan organik apa yang boleh diambil oleh ibu hamil yang mengalami kencing manis, darah tinggi dan anemia? #TAPactiveusers #TAPsupermoms

Disebabkan darah gula dalam kalangan kehamilan adalah sedikit tinggi berbanding dengan biasa. Oleh itu, makanan dan minuman manis adalah digalakkan kurangkan semasa hamil. Makanan berkarbohidrat seperti mee, biskut, roti hendaklah dikurangkan terutamanya ramuan yang mempunyai "refined" tepung dan gula. Pilih pilihan wholegrain boleh meningkatkan gula darah secara stabil dan perlahan. Buah buahan yang tinggi dalam kemanisan seperti anggur, nangka, mangga dan pisang hendaklah dikurangkan. Kurangkan garam dalam masakan seharian adalah penting dalam pengawalan darah tinggi. Pilih garam yang rendah bersodium dan bersumber semula jadi. Selain itu, zat besi, folate serta vitamin B12 memainkan peranan sangat penting dalam pembuatan red blood sel yang berkualiti. Anda digalakkan makan makanan dark leafy vsayur seperti kale, bayam, broccoli serta wholegrain atau nutritional yeast.

hi doc .. sekarang kandungan baru msok 7weeks .. saya xde slera makan .. makan nasi pon x boleh .. makan ape smua x sedap .. ade effect kat kandungan ke .?

Makanan yang seimbang dan berkhasiat adalah sangat penting dalam kehamilan supaya bayi boleh mendapat nutrien yang secukupnya. Anda boleh cuba membuat smoothie dengan buah buahan yang segar serta nuts untuk meningkatkan selera. Pilih sumber yang berasakan tumbuhan dan berorganik agar ramuan tanpa baja kimia, GMO.

hii Dr...sy skg mngandung 34..dan sy skg mngalami bgkak kaki..hb sy low..uric acid sy agak tinggi...pastu kncing sy ada protin..pa cara mngatasinya?

Ada beberapa kemungkinan untuk kaki bengkak terutamanya untuk ibu hamil. Kalau boleh, mungkin boleh kurang berdiri untuk masa yang lama dan pakai stoking “compression” untuk kurangkan bengkak. Apabila tidur atau duduk, kalau boleh, luruskan kaki, dan letak satu atau dua bantal di bawah kaki untuk tinggikannya sedikit. Satu lagi kemungkinan ialah protein dalam darah kamu terlalu kurang, mungkin disebabkan oleh ia keluar dari kencing. Kamu boleh jumpa doctor kamu untuk ujian darah untuk tengok kalau kandungan protein dalam darah kamu cukup. Kalau tidak cukup, kamu boleh bincang dengan doktor anda untuk meningkatkannya dengan makanan yang mengandungi protein tapi kurang amino asid yang boleh meninggikan uric acid. Kalau boleh, kurang makan daging dan bahan dari soya. Protein berasaskan tumbuhan mungkin boleh membantu anda sekiranya protein kamu kurang.

haii doc..kandungan sy dh masuk 10weeks tp sy takde selera nk mkn nasi.normal ke??tekak rasa pahit sampai ke lidah..cuma mee je yg boleh makan 😣

Anda harus makan makanan yang pelbagai jenis agar dapat nutrisi yang seimbang dan berkhasiat. Boleh cuba minum teh halia, teh serai untuk meningkatkan selera.

Hi Doctor, is there any organic food or supplements that can help increase milk supply? I am currently breastfeeding and want to increase my supply as it is quite low.

hi, there are some herbs can be used to increase breastmilk supply. Firstly, fennel can be used to soak in hot water to drink as tea for breastmilk booster. Next, fenugreek is also a good choice as a tea or add into your meals as a breastmilk booster. Choose organic source of ingredients to ensure no pollution and non GMOs concern. Food wise, ensure sufficient intake of calcium, folate, vitamin B12, Vit D and iron is incorporated into your daily meals during breastfeeding period. These include dark leafy, wholegrains, enough sunlight, nutritional yeast, seaweed

Hai Doc, apa supplement dan makanan atau minuman tambahan yang saya perlu ambil untuk kandungan yang baru berusia sebulan? ini baby pertama kami.

Sekiranya baby anda tengah minum susu ibu, ini adalah sangat bagus dan boleh meneruskan sampai berusia 2. Permakanan seimbang dan berkhasiat termasuk karbohidrat, protein, berserat tinggi dan vitamin dan mineral adalah sangat penting semasa breastfeeding. Kalau susu ibu tidak mencukupi, pilih formula bayi yang organik dengan tengok label formula juga ramuan. Untuk formula-fed baby, air kosong hendaklah dibagi. Pemakanan ibu memainkan peranan yang amat penting semasa breastfeeding. Anda boleh tambahkan minyak supplement berorganik seperti minyak kelapa, minyak flaxseed yang beromega 3

hi doktor!sy nak tanya ,skr sy dah 33 week.tapi sblm ni kerap sakit tulang bahagian vagina dan sakit dia macam nak beranak gitu kadang² ada ka normal

terima kasih

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan