PENGALAMAN SAYA : EDEMA ATAU PRE ECLAMPSIA

Seperti posting INFO dari ida berkenaan topik ni. BERIKUT adalah pengalaman kehamilan ida sendiri berkaitan pre eclampsia..atau tanda² awal sebelum kita mungkin boleh kena serangan eclampsia. Pada kandungam pertama 2013 ida mengalami pertambahan berat badan yg sangat banyak pada kandungan trimester kedua dr awal kandungan cuma 78 kg dengan ketinggian 177cm kepada 106 kg timbangan sebelum ke kamar bersalin. Penambahan ini bermula pada trimester kedua termasuk bengkak kaki, tangan, muka kadang kadang di selang seli dengan kebas tangan dan pedih hulu hati yg sangat kerap berlaku. Ida juga didapati mengalami hupertantion w/out medication in pregnancy pada hujung trimester ke 2. Ida juga anemia sejak dari anak dara so masa 1st baby xtau sgt pasal bahaya drop folic acid atau apa. Ida start iberet lambat pada 20w termasuk minum susu enfamama. Kandungan ida adelah suspect macrosomic baby ( bayi besar) dan ida telah di induce pada 38w atas sebab pre eclampsia dan faktor kesihatan. Tapi x berjaya dan ida minta procees emergency czer. Pada kandungan kedua 2017 ida mengalami pertambahan berat badan drastik pada seawal kandungan nak masuk 3 bulan bersama2 bengkak kaki, tangan, muka kadang kadang di selang seli dengan kebas tangan dan pedih hulu hati yg sangat kerap berlaku. JUGA ida dah start dapat hypertantion in pregnancy dan start aspirin on 20w. Juga ada anemia tapi x seteruk kandungan pertama sb ida amalkan Iberet dan minum susu anmum awal pada 14w. Kandungan kedua ida alami juga NYHA Type 2 pada trimester ke dua iaitu bengkak jantung pada kadar 50% dan telah surut 60% pada penghujung kehamilan dan hilang selepas bersalin. Bayi ida suspect macrosomic ( panjang) dan ida dapat pilih tarikh utk di operate kerana ida mula bengkak kaki dan darah x brapa cantik dab dah admit ward. Ida pilih 7.5.2017 tapi pada 5.5.2017 ida punya badan jantung dan darah cantik.. baby pun dah pada posisi yg sesuai utk operate pada 36w 1 days. Sebelum ida masuk ke labour room berat badan ida mencapai hingga 109kg yg mana awal kehamilan berat ida cuma 79kg. Pada kandungan ke tiga ida keguguran pada thn 2018. Dan telah didiagnose DARAH TINGGI KEKAL PADA JANUARI 2020 DENGAN pengawalan ubat Amlodiphine 5mg. Pada Sept 2020 selepas kehilangan berat badan sebanyak 20kg dari 98.4kg kepada, berat sebelum mengandung 78kg kerana sejak ida lahir anak kedua sukar turunkan berat badan..ida telah didapati mengandung dan sekarang berat badan ida 96 kg pada kandungan cuma usia 7 minggu. Ida sekarang tengah amalkan pemakanan sehat utk kurangkan pengambilan gula kerana kandungan ke tiga ni ida mmg mengidam benda manis. Ida kena kawal sebelum di dapati ada GDM pada test air gula 14w nanti. Dengan semua high risk ni semoga ida mampu bertahan dan baby selamat.. ida berharap anak perempuan kali ni.. dan ini adelah harapan terakhir ida.. kerana ida xboleh mengandung lagi atas faktor kesihatan. Ida ambil Methyldopa 8jam sekali utk monitor darah tinggi ida masa mengandung juga iberet ida ambil dr awal kandungan alhamdulillah kandungan ni ida xde anemia. Sekarang doc minta ida jaaga kehamilan sampai 20w then pakar akan pantau kandungan ida mgkin diberi pilihan tarikh utk keluarkan baby awal (yeay🥰😝) dan buat apa yg boleh utk kurangkan risiko pada ida dan baby. INI ADELAH PERKONGSIA IDA Utk bakal ibu muda yg risau tentang masalah kesihatan mereka. Jadi ibu jangan mengeluh ini ujian kita nak jadi ibu kuat utk anak². Pikir yg baik2 doa yg baik².. ida ada bnyak pengalaman kesihatan yg bahaya. Warded jgn cakap bnyak kali. Sampai begaduh rumah tangga kadang² sebab presure masa dan wang. Sabar.. Allah uji kita bersebab. Ida mohon doa dr semua ibu2 dalam ni utk kesihatan ida. Jika ibu ada alami sebarang gejala pelik segera ke hospital jangan dengr cakap org lagi2 kita yg HIGH RISK. jangan dengar jika org kata TAK DE APA LAH.. HORMON JE. ALAHAN JE.. SEMUA TU ORG LAIN XRASA. Ibu kena pikir kesihatan ibu dan baby.. kita je tahu anak kita. IF RASA ADA BENDA X KENA SEGERA PEGI HOSPITAL. itu je petua. Bnyakan membaca dan cari pengalaman ibu² yg alami masalah yg sama. Jgn panik dan ENJOY pregnancy anda #bantusharing #pregnancy

PENGALAMAN SAYA : EDEMA ATAU PRE ECLAMPSIA
3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

terima kasih share pengalaman sis.. saya harap sgt kehamilan kedua tiada impending eclampsia..

semoga Allah permudahkan urusan sis, ibu & baby sihat2 selalu insya Allah.

terimakasih share