Bayi berusia 14 hari, ibu maut dalam kemalangan

Seorang bayi perempuan berusia 14 hari bersama ibunya maut selepas kereta yang dinaiki empat sekeluarga kemalangan di Jalan Ampang, Ampang dekat sini, malam semalam. Dalam kemalangan kira-kira jam 10 malam itu, bayi berkenaan dipercayai tercampak keluar selepas kereta jenis PROTON Saga yang dalam perjalanan dari arah Ampang ke Lembah Jaya hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan. *SUMBER : BERITA HARIAN* Adakah penggunaan kerusi bayi pada bayi yang baru lahir perlu diperketatkan? Atau apakah pendapat anda tentang situasi memangku bayi yang baru lahir di dalam kereta walaupun dalam jarak perjalanan yang dekat?

Bayi berusia 14 hari, ibu maut dalam kemalangan
5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Ikutkn kerajaan pun menyaran penggunaan car seat. Tapi ada yang fikir tidak penting atau tidak mampu atau pun anak sememangnya tidak suka duduk dalam car seat tersebut. Nak tak nak untuk keselamatan anak kena letak anak dalam car seat walau dia melolong.