Bayi berusia 14 hari, ibu maut dalam kemalangan

Seorang bayi perempuan berusia 14 hari bersama ibunya maut selepas kereta yang dinaiki empat sekeluarga kemalangan di Jalan Ampang, Ampang dekat sini, malam semalam. Dalam kemalangan kira-kira jam 10 malam itu, bayi berkenaan dipercayai tercampak keluar selepas kereta jenis PROTON Saga yang dalam perjalanan dari arah Ampang ke Lembah Jaya hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan. *SUMBER : BERITA HARIAN* Adakah penggunaan kerusi bayi pada bayi yang baru lahir perlu diperketatkan? Atau apakah pendapat anda tentang situasi memangku bayi yang baru lahir di dalam kereta walaupun dalam jarak perjalanan yang dekat?

Bayi berusia 14 hari, ibu maut dalam kemalangan
5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Rakyat kita ni masa anak 1/2 xnak beli child’s carseat..dah anak berderet kata xmuat kereta la apa la..itu la pentingnya perancangan keluarga ikut kemampuan..kereta kecil anak 1-2 org je..bila kerajaan wajibkan penggunaan child’s carseat pandai pula melenting..nk anak ramai,keselamatan anak2 tolak tepi..carseat xmembazir la..ada yg boleh pki dari newborn smpi bigger children.my daughter’s carseat dari newborn until 12y/o or 35kg child..bila ada kes budak mati sebab xpakai carseat,org bagi kesedaran pandai plak marah kata masa xsesuai la,anak org tu baru meninggal la,xjdi kt anak sendiri nnti tau la..kalau xbagi kesedaran masa ada kes,sooner or later org pun dh lupa and the cycle repeats itself

Baca lagi
TapFluencer

Ikutkn kerajaan pun menyaran penggunaan car seat. Tapi ada yang fikir tidak penting atau tidak mampu atau pun anak sememangnya tidak suka duduk dalam car seat tersebut. Nak tak nak untuk keselamatan anak kena letak anak dalam car seat walau dia melolong.

beli lah car seat bila dah ada anak. ada yg boleh guna dari newborn sampai anak umur 7 tahun. kumpul duit dari awal mengandung. kalau tak mampu, jangan naik kereta dengan baby. duit mampu dicari, anak tiada ganti.

Allahu...ad je carseat yg mampu beli...jgn anggap xpenting...wlaupun anak suka atau xsuka duk dlm Tue...safety first😔

pada pandangan sy, penggunaan kerusi bayi mmg sgt perlu sb malang x berbau...