Bayi berusia 14 hari, ibu maut dalam kemalangan

Seorang bayi perempuan berusia 14 hari bersama ibunya maut selepas kereta yang dinaiki empat sekeluarga kemalangan di Jalan Ampang, Ampang dekat sini, malam semalam. Dalam kemalangan kira-kira jam 10 malam itu, bayi berkenaan dipercayai tercampak keluar selepas kereta jenis PROTON Saga yang dalam perjalanan dari arah Ampang ke Lembah Jaya hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan. *SUMBER : BERITA HARIAN* Adakah penggunaan kerusi bayi pada bayi yang baru lahir perlu diperketatkan? Atau apakah pendapat anda tentang situasi memangku bayi yang baru lahir di dalam kereta walaupun dalam jarak perjalanan yang dekat?

Bayi berusia 14 hari, ibu maut dalam kemalangan
5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

beli lah car seat bila dah ada anak. ada yg boleh guna dari newborn sampai anak umur 7 tahun. kumpul duit dari awal mengandung. kalau tak mampu, jangan naik kereta dengan baby. duit mampu dicari, anak tiada ganti.