Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Pantai Hospital Ayer Keroh.

Hi Semua! Ramai yang tertanya-tanya dan tidak pasti bagaimana cara untuk bagi bayi makan buat pertama kalikan? Patutkah bagi buah-buahan dulu? Atau terus bagi bubur dan sayur-sayuran? Bolehkah si kecil makan makanan yang ada minyak dan garam? Apakah makanan yang paling ideal buat bayi yang pertama kali makan? Bagaimana nak ajar bayi makan solid dengan betul? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang makanan yang terbaik untuk bayi yang pertama kali makan bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician dan Neonatologist, Pantai Hospital Ayer Keroh pada 27 Julai 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Pantai Hospital Ayer Keroh.
6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Doctor, 1. buah untuk baby.. buah apa yg baik untuk di mix, dan buah apa yg tidak boleh di mix untuk di blender. 2. makanan apa yg mengandung tinggi protein?

Baca lagi
2y ago

1. Kebanyakan buah boleh diberi kepada bayi dan kebanyakan buah boleh mix sekali. Tetapi, untuk buah citrus contohnya oren dan limau, lebih baik beri bila bayi lebih besar sebab buah citrus mungkin menyebabkan perut sakit. 2. Daging, tofu, sayuran kekacang, ayam, telur, produk tenusu dan kacang.