Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Muniswaran Ganesham, Hospital Kuala Lumpur.

Hello Semua! Di dalam aplikasi TAP ini, terdapat ramai bakal ibu yang sedang mengalami masalah alahan atau alergik kehamilan yang teruk. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk hilangkan alahan semasa hamil ini kan? Adakah jika ibu hamil menjaga pemakananya, alahan tidak akan menjadi teruk? Adakah alahan yang teruk semasa hamil akan mengancam kandungan? Selain itu, adai juga yang ingin tahu bagaimana untuk kekal bertenaga semasa menghadapi morning sickness yang terukkan? Dengan nak handle anak-anak lain dan keluarga lagi ataupun perlu kekal cergas di pejabat dan macam-macam lagi. Jika anda ingin tahu cara untuk kekal bertenaga semasa menghadapi alahan kehamilan yang teruk, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanyakan semua persoalan anda bersama Dr. Muniswaran Ganesham, Unit lead and Maternal Fetal Medicine Consultant at the Women and Children’s di Hospital Kuala Lumpur pada 29 Disember 2022, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Muniswaran Ganesham, Hospital Kuala Lumpur.
17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Dr. Sy ada beberapa persoalan. Sy sedang hamil 6 minggu. 1. Sy hamil anak ke-2 tapi berbeza betul dengan anak pertama. Mual dan letih sangat teruk berbanding yg pertama malah sudah bermula pada minggu ketiga. Ini menjejaskan prestasi sy di pejabat. Sy cuba untuk minum air putih banyak tetapi makin rasa nak muntah. Jadi, bolehkah sy minum air manis utk menghilangkan loya tersebut sambil minum 2L air sehari? 2. Sy juga tidak selera makan. Cuma mahu makan roti dan buah (apple wajib, kadang² ada Anggur, tembikai, rock melon dan guava) . Adakah cukup makanan tersebut untuk tumbesaran bayi sy? Sy juga kerap makan asam utk menghilangkan loya. Apakah effect pemakanan sy terhadap bayi sy? Kadang² kesian dekat baby sebab takut tak dapat nutrient secukupnya.

Baca lagi
3y ago

sama lahh dgn saya 3 bulan jgk takde selera and mual loya. tapi alhamdulilah skrg nak masuk 7 bulan berselera sgt.