Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Muniswaran Ganesham, Hospital Kuala Lumpur.

Hello Semua! Di dalam aplikasi TAP ini, terdapat ramai bakal ibu yang sedang mengalami masalah alahan atau alergik kehamilan yang teruk. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk hilangkan alahan semasa hamil ini kan? Adakah jika ibu hamil menjaga pemakananya, alahan tidak akan menjadi teruk? Adakah alahan yang teruk semasa hamil akan mengancam kandungan? Selain itu, adai juga yang ingin tahu bagaimana untuk kekal bertenaga semasa menghadapi morning sickness yang terukkan? Dengan nak handle anak-anak lain dan keluarga lagi ataupun perlu kekal cergas di pejabat dan macam-macam lagi. Jika anda ingin tahu cara untuk kekal bertenaga semasa menghadapi alahan kehamilan yang teruk, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanyakan semua persoalan anda bersama Dr. Muniswaran Ganesham, Unit lead and Maternal Fetal Medicine Consultant at the Women and Children’s di Hospital Kuala Lumpur pada 29 Disember 2022, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Muniswaran Ganesham, Hospital Kuala Lumpur.
17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hello dr. saya baru hamil 10 minggu. sejak masuk 8 minggu, alahan saya muntah2 walaupun makan dalam kuantiti sedikit. walaupun saya makan buah , saya tetap akan muntah. Dan saya mengalami sakit kepala yang kerap. apa yang perlu saya buat?

Baca lagi
3y ago

Dear Puan NS, pemakanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap and pemakanan buah-buahan sangat digalakkan dan adalah antara cara² yang disyorkan. Tetapi sakit kepala yang kerap adalah diantara tanda² dimana paras hydration puan bukan ditahap yang optimal. Walaupun ubat² tahan sakit kepala seperti paracetamol adalah selamat digunakan, nasihat saya adalah untuk minum air yang kerap dan banyak untuk pastikan status hydration puan adalah memuaskan. Puan dah ada symptoms ini untuk 2 minggu and sekiranya terdapat kehilangan berat badan yang melebihi 5%, nasihat saya adalah untuk berjumpa dengan doktor untuk penilaian status hydrasi puan. Alternative lain ialah untuk memantau urine ketone puan dirumah- sekiranya ketones adalah positive, ia bermaksud tahap hydration puan adalah tidak memuaskan and perlu mendapat rawatan dari doktor.