Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sharmini Pillay Datuk Sivaraman, Pantai Hospital Ayer Keroh

Hi Semua, Di dalam aplikasi ni ramai yang bertanya mengenai tentang tahap normal dan tidak normal tentang najis bayi, terumata sekali ibu bapa baru. Tahukah anda warna najis yang normal warna apa? Adakah najis yang warna kuning cair normal? Kenapa kadang-kadang ada najis yang berbau sangat busuk? Ada juga yang bau biasa saja? Bolehkah kita tentukan tahap kesihatan najis melalui bau dan warna? Selain itu, apakah perkara penting yang harus ibu bapa kena perhatikan? Perlukah kita segara ke klinik atau hospital jika bayi tidak membuang lebih daripada 5 hari? Adakah susu formula atau susu badan memain peranan penting? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang tahap normal dan tidak normal tentang najis bayi bersama Dr. Sharmini Pillay Datuk Sivaraman, Consultant Paediatrician, MBBS (Mal), MRCPCH (UK) dari Pantai Hospital Ayer Keroh pada 16 November 2022, hari Rabu. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sharmini Pillay Datuk Sivaraman, Pantai Hospital Ayer Keroh
48 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Anak saya sudah 6 bulan 25 hari dan sudah dikenalkan dgn pelbagai menu sesuai umurnya. Kami ikut 4 Days Rule untuk mengetahui samada anak alahan atau tidak. Kami masih utamakan penyusuan susu ibu kepada anak. Dlm tempoh mengenalkan anak dgn makanan, ada 2 menu yg buat dia membuang dengan meneran yg susah hingga demam. Najis terselit di celah punggung shj tidak ke lampin dan najis masih warna kuning. Soalan 1: Itukah dinamakan sembelit atau kami je syok sendiri fikir ia adalah sembelit? Kami pulihkan anak dengan terus berikan susu ibu dgn kerap, makan puri buah singo pear, bagi paracetamol syrup, urut perut , badan dan kayuhan kaki. Syukur, beberapa jam kemudian, najisnya dah lembut dan senang membuang demamnya pun pulih. Soalan kedua: Adakah sembelit juga boleh membuatkan anak demam?

Baca lagi
2y ago

ha ah..btul2 1oz:30ml slp info ..tq dok