Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sharmini Pillay Datuk Sivaraman, Pantai Hospital Ayer Keroh

Hi Semua, Di dalam aplikasi ni ramai yang bertanya mengenai tentang tahap normal dan tidak normal tentang najis bayi, terumata sekali ibu bapa baru. Tahukah anda warna najis yang normal warna apa? Adakah najis yang warna kuning cair normal? Kenapa kadang-kadang ada najis yang berbau sangat busuk? Ada juga yang bau biasa saja? Bolehkah kita tentukan tahap kesihatan najis melalui bau dan warna? Selain itu, apakah perkara penting yang harus ibu bapa kena perhatikan? Perlukah kita segara ke klinik atau hospital jika bayi tidak membuang lebih daripada 5 hari? Adakah susu formula atau susu badan memain peranan penting? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang tahap normal dan tidak normal tentang najis bayi bersama Dr. Sharmini Pillay Datuk Sivaraman, Consultant Paediatrician, MBBS (Mal), MRCPCH (UK) dari Pantai Hospital Ayer Keroh pada 16 November 2022, hari Rabu. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sharmini Pillay Datuk Sivaraman, Pantai Hospital Ayer Keroh
48 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

hi dr sharmini , anak saya bru 23 hari, lately saya perasan anak saya kurang membuang air besar tetapi kerap kencing and kentut, saya bf & fm pada anak saya, setiap kali dia membuang warna najis warna kuning and kepekatan seperti di dlm gambar, adakah anak saya sembelit? adakah susu formula tidak bersesuaian dengan dia ?

Baca lagi
Post reply image
2y ago

Hi Puan Fatin Salam Sejahtera terima kasih atas pertanyaan anda ya najis tak nampak macam sembelit tetapi kerap membuang angin (Kentut) memberi indikasi banyak angin dalam usus...... so mungkin susu formula dia tak berapa serasi... Ada beberapa susu formula dalam pasaran yang boleh mengurangkan angin.... eg comfort formula s.... boleh cuba ya

Hi Dr Sharmini Baby saya berumur 5 bulan dan minum susu formula. Normal ke kalau baby membuang air besar 5 hari ke atas?yang terbaru dia membuang hari ke 8 dan najis berwarna hijau campur kuning sikit. Saya bercadang nak tukar susu tetapi risau susu yang baru x sesuai. Mohon pencerahan doctor. Thanks.

Baca lagi
2y ago

Hi Puan Yaya salam Sejahtera ya membuang 5 hari sekali dengan susu formula mungkin disebabkan masalah sembelit.... so boleh Cuba tukar susu yang boleh melawaskan pembuangan.... kalau susu formula pembuangan kena at least 2 ke 3 hari sekali

hi, nak tanya anak saya 1 tahun 3 bulan najis dia selalu bulat2 seperti taik kambing normal kah? selalunya akan berwarna hitam. ada sekali tu sampai menangis nak keluarkan najisnya. saya dah try tukar susu pon still sama. makanan ok kadang makan kadang tidak. air masak pon sama. apa patut buat ye?

2y ago

hi Puan Salam Sejahtera bunyi macam najis keras ni... setahun lebih dah boleh bagi lebih sayur dan buah macam buah kurma atau prunes.... kurma buang biji ya

Hi Dr Sharmini. Anak ke 2 saya baru 2 bulan lebih. Saya nak tanya, normal ke kalau najis dia bau busuk? Mmg berbau dr lahir lg. Baby fully bf. Najis biasa warna kuning & berak pun ok setiap hari. Cuma bau mmg kuat mcm najis baby dah makan. Mohon pencerahan. Thank you in advance doctor.

Baca lagi
2y ago

ok tq Dr Sharmini.. cuma risau je tu yg tnya sebb first mom katakn

Hi doc, anak sy umur 6 bulan fully breastfeeding kecacingan yg banyak after 2 hari tak berak, last 2 weeks dah ada cacing dlm najis so sy ke klinik and prescribed metrogyl antibiotics after 3 days on antibiotics dah ok suddenly last night berak cacing yg banyak. Cacing as shown here

Post reply image
2y ago

HI Puan Nurul Salam Sejahtera baby 6bulan berak cacing macam ni perlukan dirujuk ke doctor pakar kanak-kanak... tolong dapatkan appointment jumpa pakar dengan segera ya

Hai Dr Sharmini... Anak saya 4bulan 22hari... Normal kew 1 hari anak berak 3 atau 4 kali... Anak saya susu formula... Tapi berak dalam kuantiti yang sederhana... Cuma pagi saja akan berak dalam kuantiti yang banyak... Perut tidak kembung dan anak berak ok meneran seperti biasa saja

2y ago

Hi Puan Syafiqah Salam Sejahtera pattern berak tu ok... as long as baby nak menyusu dan tak muntah dan perut tak kembung

Salam doc sy mahu bertanya anak sy baru 1bulan5hari . pertama anak sy susu fm lactogen tp tidak serasi sbb slalu mnyusu terus berak sembelit , tidak lama tu sy tukar ke ducthbaby , tahu dia mcm dlm gmbar adakah serasi dengn dia sbb dia berak terlalu bnyk tp dlm sehari 3kali shj

Post reply image
2y ago

Hi Puan Leen Salam Sejahtera najis baby nampak ok... warna pun ok... so as long as dia menyusu ok dan tak muntah should be ok

My baby is 4 months old now. She drinks 90% expressed breast milk n 10% formula. Recently she poo 5 times a day but all just in a little bit. Some poo came out when she fart. Most of her poo is yellowish but I got a few times her poo looks green like this. Is it normal?

Post reply image
2y ago

Thanks Dr. One more question. Recently I notice that I hv more fart than before, will it affect my baby and cause her to fart/poo more often? Becoz I giv her expressed breast milk and her poo pattern increased from once in a week to 5 times in a day. Like what I mentioned in the above.

Hi Dr. Baby 7m25d. Dari sebelum start solid food baby berak 2 3 hari sekali. Najis ok, kentut ok & perut lembut tak keras. Bila dah start makan,awal-awal je dia berak hari-hari. sekarang berak 2 3 hari sekali. tp penuh pampers. Normal ke Dr? Baby menyusu bf + fm juga.

Baca lagi
2y ago

Hi Puan Noor Salam Sejahtera bila dah start makanan pejal (weaning) biasa pattern membuang air besar akan bertukar..... makanan pejal akan mengeraskan najis sikit so boleh bagi baby air suam untuk melawaskan pembuangan..... kalau menyusu, makan ok dan tak muntah pattern membuang tu ok lagi... just tambahkan pemberian air suam

Hi Dr Sharmini, baby sy fully breastfeed skrg. Umur 1 bulan 6 hari. Sejak akhir ni, baby cuma buang air besar 3-4 hari sekali tapi dlm kuantiti yg agak banyak. Wet nappies dalam 3-5 kali sehari cuma air besar agak lambat 3-4 hari sekali. Adakah ia normal?

2y ago

hi Puan Human Dolly Salam Sejahtera terima kasih atas soalan ya ok... baby yang minum susu badan kadang -kadang sampai 5 ke 6 hari boleh tak membuang air besar... asalkan tak muntah, baby minum susu macam biasa dan perut tak kembung... should be ok