Hi semua, saya saja nak luah. Luahan je tau bukan minta simpati. Hehe. Saya rasa saya sedang diuji sekarang. Kandungan syukur nak msuk 20minggu. Saat2 macam ni la kan , kewangan betul2 tak cukup. Kadang saya berlapar, husb gaji cukup2 je. Saya usaha cari kerja tapi tak sangka soalan pertama yang tanya masa iv , pregnant tak walaupun kerja wfh. Saya nak berniga tapi modal takde, saya buat dropship untung rm2 tu pun laku 3item je.Saya berserah je, harap anak dalam perut ni sihat2 je. Suami usaha je bagi saya makan tapi nak tunggu gaji ni maggi jela hari2. Hehe. Saya cemburu tengok kawan2 saya mgndung jugak up status makan sedap2 tapi belum rezeki saya. Saya cuba pinjam duit mak ayah tapi lama2 diorg sindir. Jadi sy tak kerap la meminjam.
Ini ujian buat saya, saya terima . Saya luah je tau . Tq baca.