Family mertua

Hi semua. Saja nak meluah kat sini. Saya sejak kebelakangan ni stress sbb family mertua asyik desak saya dan suami utk beli ticket penerbangan utk mereka sekeluarga dtg melawat kami kat n9 (family mertua dari borneo). Saya bukan tak mengalu alukan kedatangan diaorang tpi kalau dh sampai memaksa suami saya beli ticket utk diaorang tanpa berbincang dahulu memang lah saya tak senang hati. Tambah lagi suami saya sahaja yg bekerja dan baru start kerja yang tetap beberapa bulan yg lepas. So, duit gaji suami pun memang cukup makan utk kami berdua, dgn tambah lagi saya tngah pregnant mengidam mcm². Mana lagi kalau dtg sini nak sewa kereta lagi utk bawak diaorang jalan² sbb suami hanya ada motosikal sahaja skrang, maklumlah baru start kerja kan. Nanti nak keluar duit lagi belanja makan semua. Saya buntu nak buat apa. Nak bincang dgn suami takut suami pulak terkilan fkirkan saya tak suka family dia dtg tapi saya ni risau dgn masalah kewangan. Kalau kewangan okay, takda masalah pun kalau nak belanja ticket diaorang. Arghh stress nye rasa nak nangis fkir benda ni 😭😭😭😭

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Bawa berbincang dengan suami. Jgn pendam² nanti jadi pergaduhan pula. Apa-apa hal yg concerning walaupun benda tu remeh mesti bincang. Sy pun dari borneo juga tapi sy tak setuju dgn keluarga suami awak tu. Suka haaatiii je nak minta duit. Dah lah flight mahal gila babi. kalau mereka sndiri dtg dgn duit sendiri takpe lah dtg je melawat. Ini minta duit pula amboiiiii 🙄🙄🙄 Suami awak tu mesti jujur ckp dgn keluarga dia. Yang dia baru dpt kerja, duit pun cukup2 utk korang berdua. Kalau keluarga dia nak gulit trip dia yg dia ni anak derhaka ke apa. Ignore je. Kalau keluarga dia sayang suami awak takkan nak jadi parasite begitu. Sepatutnya memahami. Bila korang dua dah berkahwin. Priority pertama korang dua adalah EACH OTHER. Sbb korang dah built keluarga sendiri. Awak pun tgh preggy lagi. Keluarga awak atau keluarga suami adalah yg kedua. Ingat tu ya. Your husband is not their bank. Maaf, sy annoyed pula 🤣🤣

Baca lagi
1y ago

Jgn kata waktu gawai. mmg kalau dari sabah atau sarawak auto mahal tiket 😂 pigi kuria lagi murah sis 🥲 ok sis, sama2. semoga dipermudahkan urusan 🫰🏻❤️

cara saya haritu masa suami ajak berjalan ke thailand dengan kawan dia. saya senaraikan barang baby yang perlu dibeli then bagi kat dia. kalau nak lagi best, letak harga sekali. saya cakap “kena beli sikit2 ni tiap bulan. kalau beli sekaligus habis terasa sangat guna duit.” masa tu baru dia terfikir nak kena guna banyak duit bila ada baby ni. terus dia cancle pergi thailand.

Baca lagi

Mungkin boleh minta suami jujur ckp tk cukup duit nk spend bnyk2 mcmtu, tiket flight mahal. Nk beli brg anak, nk simpan utk bersalin, bayar rumah ke hutang ke etc. Nnt klu ada rezeki lebih boleh lah bwk dtg semenanjung. Klu diorg x fhm jgk dan masih mintak beli kn, xtau lah nk ckp apa lg 😅

1y ago

sye ade cadangan sis.. ape kte stat bln dpn, list kn segala keperluan rumah & bil2 nak kne bayar.. bia suami awak nampak ke mne flow duit dye... jgn lupa selitkn sekali blanje awak.. yg lebih tu bru bg fmily dye..

cakap ja kat suami. kalau awak pemdam2 sampai kesudah macam tu je. saya kalau ada apa2 tak syok pasal family dia saya direct cakap dkat suami. suami faham ja. pasal kita ni prempuan kadang terrrlebih common sense dan saya jenis tak pandai cover2 dgn husband cakap ja terus

Awak kna bincang jgk dgn suami.. cakap nk cakap sikit, bincang2 sikit.. taknak gaduh2..cakap selagi tak bincang selagi tu lah sy mikir kesian kat awak.. Bincang time nak tdo ke, pillow talk org kata... jgn bincang time makan., nnti terus tak lalu..

Memang kena ckp direct dgn suami.. bincang dgn suami.. nak taknak, kena ckp jugak sis