Family mertua

Hi semua. Saja nak meluah kat sini. Saya sejak kebelakangan ni stress sbb family mertua asyik desak saya dan suami utk beli ticket penerbangan utk mereka sekeluarga dtg melawat kami kat n9 (family mertua dari borneo). Saya bukan tak mengalu alukan kedatangan diaorang tpi kalau dh sampai memaksa suami saya beli ticket utk diaorang tanpa berbincang dahulu memang lah saya tak senang hati. Tambah lagi suami saya sahaja yg bekerja dan baru start kerja yang tetap beberapa bulan yg lepas. So, duit gaji suami pun memang cukup makan utk kami berdua, dgn tambah lagi saya tngah pregnant mengidam mcm². Mana lagi kalau dtg sini nak sewa kereta lagi utk bawak diaorang jalan² sbb suami hanya ada motosikal sahaja skrang, maklumlah baru start kerja kan. Nanti nak keluar duit lagi belanja makan semua. Saya buntu nak buat apa. Nak bincang dgn suami takut suami pulak terkilan fkirkan saya tak suka family dia dtg tapi saya ni risau dgn masalah kewangan. Kalau kewangan okay, takda masalah pun kalau nak belanja ticket diaorang. Arghh stress nye rasa nak nangis fkir benda ni 😭😭😭😭

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

cara saya haritu masa suami ajak berjalan ke thailand dengan kawan dia. saya senaraikan barang baby yang perlu dibeli then bagi kat dia. kalau nak lagi best, letak harga sekali. saya cakap “kena beli sikit2 ni tiap bulan. kalau beli sekaligus habis terasa sangat guna duit.” masa tu baru dia terfikir nak kena guna banyak duit bila ada baby ni. terus dia cancle pergi thailand.

Baca lagi