Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Fadzlyana Hanif, Perunding Babywearing Bertauliah

Hi semua pengguna yang dikasihi! Kami bawakan khas kepada anda Dr. Fadzlyana Hanif, Perunding Babywearing Bertauliah dan salah seorang Admin Rasmi Laman FB Malaysian Babywearers untuk menjawab semua persoalan anda berkenaan babywearing! Tanya kelebihan penggunaan babywearing, jenis 'slings' ataupun 'carrier' yang disarankan oleh pakar dan banyak lagi soalan lain hanya di aplikasi kami. *𝐍𝐎𝐓𝐀 : Sebarang pertanyaan diluar topik tidak akan dijawab dan akan dibuang daripada ruangan komen. Soalan yang ditanya selepas pukul 3 petang juga berkemungkinan besar tidak akan dijawab oleh pakar.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Fadzlyana Hanif, Perunding Babywearing Bertauliah
25 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Assalamualaikum doktor. Saya tengah cari baby carrier yang sesuai untuk bayi saya. Persoalannya, 1) Apa perbezaan ring sling dan ssc? 2) Yang mana lebih bagus dan sesuai? Jika doktor perlukan detail usia dan berat bayi yg terkini, bayi berusia 9 bulan dengan berat terkini 8.5kg Terima kasih doktor 😊

Baca lagi
5y ago

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh pn farhana. Terima kasih atas soalan yang bagus ini. Saya akan jawab berdasarkan anak puan ya. 1) Perbezaan antara ringsling dan SSC. Ringsling : dia One-Shouldered carrier. bermaksud, berat anak akan di tampung oleh satu bahu sahaja. Kelebihan : Mudah disimpan, tak bulky, senang anak nak in-out., bole dipakai dari newborn sehingga larat nak dukung😁 Kekurangan : Berat anak ditampung pada satu bahu sahaja. (Kebiasaannya jika bapa adalah si pemakai, bapa tiada keluhan berkenaan berat anak yang ditampung😊) Kedua, masa pembelajaran untuk handle ringsling dengan baik, mengambil masa sedikit but practice makes perfect gituuu. SSC : Two-Shouldered carrier, berat akan terdistribursi sama rata antara dua bahu kita. Kelebihan : Sangat mudah dan cepat untuk belajar cara memakai. Kedua, banyak brand SSC yang sangat affordable dan memenuhi T.I.C.K.S rules. Kekurangan : Perlu beli mengikut kesesuaian usia san saiz anak. Ada yang sesuai untuk ne