Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Fadzlyana Hanif, Perunding Babywearing Bertauliah

Hi semua pengguna yang dikasihi! Kami bawakan khas kepada anda Dr. Fadzlyana Hanif, Perunding Babywearing Bertauliah dan salah seorang Admin Rasmi Laman FB Malaysian Babywearers untuk menjawab semua persoalan anda berkenaan babywearing! Tanya kelebihan penggunaan babywearing, jenis 'slings' ataupun 'carrier' yang disarankan oleh pakar dan banyak lagi soalan lain hanya di aplikasi kami. *𝐍𝐎𝐓𝐀 : Sebarang pertanyaan diluar topik tidak akan dijawab dan akan dibuang daripada ruangan komen. Soalan yang ditanya selepas pukul 3 petang juga berkemungkinan besar tidak akan dijawab oleh pakar.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Fadzlyana Hanif, Perunding Babywearing Bertauliah
25 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi doktor. Macam mana dengan posisi yang mengendong bayi menggunakan sling? Adakah akan terbeban dengan berat dan menyebabkan sakit pinggang jika kerap pakai?

5y ago

Posisi anak harus menghadap tubuh si ibu/bapa. Bergantung kepada jenis carrier yang dipakai. Woven wrap, tiada rasa beban pun bila berbabywearing. Seolah olah anak itu melekat pada tubuh kita. Kita rasa selesa sebab kain woven wrap tu lembut. Tapi jika SSC, kita perlu memakai waist belt yang membuatkan jika terlalu ketat, akan memberikan ketidakselesaan tubuh si pemakai.