Nak meluah sahaja 😢

Hi semua. Nak meluah dan nak comfort words sikit dari ibu ibu semua. Tadi saya ada bincang kewangan family dgn husband. Lately ni memang mcm sesak sikit sebab komitmen untuk anak sulung + tgh preggy 2nd baby 20w. Nak prepare barang utk bersalin lagi nanti. Tetiba suami saya cakap "susah camni, u gi cari duit sendiri la" and terus tarik selimut tidur. Allah macam kena siat hati. Tersentak dengar, airmata pun keluar tak keluar je sebab terkejut sangat. Btw saya memang bekerja dulu. Tp lepas pregnant anak sulung saya resign sebab alahan teruk and sampai sekarang tak kerja. 100% depends dekat suami. Saya memang rasa saya ni beban sbb tak membantu pape dari segi duit. Dia pun selalu puji wife kawan2 dia yg bekerja dan gaji besar. Indirectly nak cakap yang saya takda income so sebab tu cukup cukup makan je. Tapi tak sangka tadi dia terus cakap camtu. Sakit dada nak tidur pun tak boleh selagi tak meluah sebab tak tahu nak cerita kat siapa 😭 Ada tak dekat sini housewife yang buat duit dekat rumah? Boleh share? Sbb saya rasa nak kena cari duit juga, rasa diri ni beban sangat dah...

28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sama nasib dgn saya. sehari before bersalin masih kerja lagi☺️ duit saya beli smua keperluan anak sulung n kdua ni. kdg dia beli tp merungut. kata aku beban. kdg terlepas kata anak pertama beban klau dia main. biasa la budak2 5 tahun petah berkata2 n suka bawa bercerita. tp di marah 🥹.. now genap 2 bulan takda kerja. ckup ke 300 sbulan. ? pampers, makan minum, smua kat 300 tu... dgn anak skolah lagi..btw aku dah kumpul duit utk masa berpantang tp hbis gitu je sbb barang skolah anak pertama, aku yg byr.. brang2 anak kedua pun aku.. pdhal dia kata dia nk byr. last2 pura2 menghilang masa kat kaunter☺️

Baca lagi